Posts

Showing posts from 2011

Muhasabah Diri

❦✿❦✿❦✿❦✿❦✿❦✿❦✿❦✿❦✿❦✿❦✿❦✿❦✿❦✿❦✿ ❦✿ BERDOSA KE KITA KALAU ORANG KECILKAN HATI KITA ?? ❦✿❦✿❦✿❦✿❦✿❦✿❦✿❦✿❦✿❦✿❦✿❦✿❦✿❦✿❦✿ ❦✿ ☆彡☆彡☆彡☆彡☆彡☆彡☆彡☆彡☆彡☆彡☆彡☆彡☆彡☆彡☆彡 ☆彡☆彡☆彡 saya keliru sangat!! Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa ?? Dan saya tanya ayah apa maksudnya.. Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia. Anak: Aiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun? Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah. Anak: *blur (>,<)' Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah. Anak: Ooooooo... Ok.....

Himpunan Cerita Sedih

~Ke̲r̲a̲n̲a̲ Ak̲ u̲ Wa̲n̲i̲T̲a̲~ kerana aku wanita pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku kerana aku wanita ingin disayangi itu fitrah diriku kerana aku wanita mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki kerana aku wanita emosiku selalu mengatasi logik akalku kerana aku wanita air mata teman setiaku kerana aku wanita sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi DAN.. kerana aku wanita aku damba pertolongan darimu Adam peliharalah bicaramu denganku jangan bermain kata denganku takut rosak hatiku kerana aku wanita akhlakmu ukuran dimataku peliharalah akhlakmu dan imanmu jangan kau burukkan darjatmu pada mataku takut rosak thiqohmu kerana aku wanita maka peliharalah susunan kata-katamu kerana aku mudah terasa namun aku bukan lemah sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar kerana aku wanita peliharalah dirimu dari mencemuhku saat titisan jernih mengalir dari mataku kerana itu cara untukku meluahkan perasaanku supaya hatiku ten...

mlm yg penuh penghayatan.

di waktu mlm yg hening ditambah pula menaip laporan yg t'tangguh. tetiba, boleh pula tgn neh rajin nk menaip sesuatu yg boleh membuatkan diri ini tersenyum. dlm senyum mgkn ade kebahagiaan. tp, kdg2... t'selit kesedihan krn t'lalu t'haru. huhu... walaubagaimanapun, rasa diri ini dihargai krn ada insan yg sudi merawat sgl kesedihan. ku sygkanmu krn ALLAH. biarlah org lain mengata, mengumpat yg bkn2.. tp, ku tahu siapa aku. nawaitu ku yg sebenar. sewaktu aku menghadapi mslh, berasa sedih.. siapa jer yg menjadi peneman setia? aku benar2 hargai segala2nya drpd dia. krn aku tahu... walaupun dia hanya menjadi pendengar setia shj, namun... sikap dia lah yg membuat diriku rasa dihargai. aku semakin b'semangat utk meneruskan kehidupan. skrg... aku tahu mana yg buruk dan mana yg baik. insha ALLAH... ku mengerti, ALLAH snts di sisi skrnya kita snts mengingati-NYA. cinta itu fitrah kan... yg pntg, kita mestilah mengawal dgn sebaiknya. sukar utk ku menerima nasihat drpd sahabat...

mimpi yg indah.. teramat indah! (rabu mlm khamis-tgh mlm) 17 Ogos 2011

Image
terasa ingin menaip sesuatu di sini. x salahkan klu saya b'kongsi dgn semua sahabat yg sudi membaca blog saya ni. saya ada sesuatu nak dikongsikan b'kaitan mimpi saya. kalau boleh, saya nk mimpi perkara tu lagi. terlalu indah sangat2! dalam seumur hidup saya, x pernah saya mimpi perkara yang indah itu. saya ternampak sesuatu yg indah di langit pada waktu tengah malam. betapa saya teruja.  sewaktu saya terlihat setiap nama 'ALLAH' di langit itu, tidak jemu2 saya berzikir memuji kebesaran Pencipta alam. SubhanALLAH! dalam mimpi tu bagaikan saya menemui malam Lailatulqadar. Berseri2 bulan dan berkelipan bintang menunjukkan cahaya yang bersinar. kalimah ALLAH bertukar ganti dengan nama Muhammad s.a.w. Setiap kalimah ALLAH bercahaya dan bertukar warna yang amat cantik apabila kita melihatnya.  di setiap sudut kiri, kanan, hadapan, belakang x kira di sudut mana2 pun di sekeliling saya, terbentang kalimah ALLAH dgn cahaya yang bergemerlapan. pelbagai corak dan warna membuatk...

Indahnya Malam Lailatul Qadar

Image
Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa. Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan. Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21. Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ul...

Kisah Pemuda Yang Tubuhnya Seharum Kasturi

Image
Kisah ini terjadi di tanah Syam. Kisah yang banyak disebut dari mulut ke mulut sampai abad ini. Ini adalah kisah ketakwaan seorang pemuda. Seorang pemuda yang bekerja sebagai penjual kain keliling. Ia berkeliling dari satu daerah ke daerah. Dari satu kawasan ke kawasan lain. Dari lorong ke lorong. Dari rumah ke rumah. Ia berkeliling sambil memanggul kain dagangannya. Akhirnya masyarakat mengenalinya sebagai Si Penjual Kain Keliling. Diantara kelebihan pemuda ini adalah bentuk tubuhnya yang gagah. Kulitnya yang putih. Wajahnya yang mempesona. Dan keramahannya yang luar biasa. Sehingga siapapun yang melihatnya akan terpesona kerananya. Itulah kurnia Allah yang dianugerahkan kepadanya. Suatu hari, ketika dia sedang berkeliling menjajakan dagangannya, tiba-tiba ada seorang wanita memanggilnya. Dia pun segera menghampiri. Wanita ini menyuruhnya masuk ke dalam rumah. Rumah itu sangat mewah. Agaknya wanita itu termasuk golongan bangsawan. Apabila si pemuda masuk ke dalam rumah, wanita itu ...

Muhasabah Diri... dalam kesabaran terselit syurga ALLAH.

Image
perjalanan beribu batu memberikan sebuah makna yang amat mendalam buat diriku.  perjalanan yang diibaratkan 'kembara' ini mengungkapkan pelbagai corak kehidupan menjadikan aku semakin dapat menerima takdir ketentuan dari ILLAHI. sewaktu saya saja2 melihat document mutiara kata dalam external saya ini, terus saya ingin kongsi bersama sahabat mutiara kata di bawah ini. kata-kata yang memberi seribu pengertian buat saya.  Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi. memang benarlah setiap suatu ujian yang menimpa kita, bererti ALLAH amat sayangkan kita. saya ada terbaca satu blog sahabat facebook saya yang pangkat kakak daripada saya. daripada ciri2 perwatakan dia, dia merupakan seorang wanita yang solehah bertudung labuh dan menutup aurat. dia seorang yang cekal hatinya walaupun ujian datang bertubi2 dalam hidup dia melalui penceritaan d...

Sekadar Renungan

 "Sebuah karya yang sesuai untuk semua .......... bagi yang bujang, boleh mengambil Iktibar ............ bagi yang belum dan bakal berkeluarga, boleh belajar ............ bagi yang berkeluarga, perlu mengajar .............. Untuk suami ... renungkanlah Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia. Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah ... Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya Isteri adalah murid kamu mursyidnya Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya ... Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman...

Motivasi Diri

Oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah Jangan Ada Benci Di Hati Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci  jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya. Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain. Kaedah Mengikis Benci Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka,memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempattidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita denganmemaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan...

Kanvas Cinta Muslimah

Image
"Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati. Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung". Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah: “Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.” Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-si gadis dihiasi sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki ‘per...
Image
Yang dikatakan Pakaian Taqwa... Wanita solehah adalah wanita yang menutup aurat ketika berpakaian, kerana ramai dikalangan wanita zaman ini mereka berpakaian tetapi telanjang, maksudnya pakaian mereka hanya menutup bahagian-bahagian tertentu sahaja. Kalaupun menutup semuanya tetapi bentuk tubuhnya nampak dengan jelas (jarang atau ketat).   Firman Allah SWT maksudnya:   "Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat".   (Al A'raf ayat 26)       Jilbab adalah fesyen pakaian yang dapat menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita disebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab juga tidak menampakkan bentuk badan. Allah memerintahkan pakaian demikian supaya dapat membezakan mana wanita beriman dan wanita yang tidak be...

Penghayatan...

Image
Aku?? Adakah aku bahagia jika mencintai seorang lelaki?? Mungkin aku akan bahagia jika mencintai seorang lelaki yang hanya mencintai Tuhan yang paling agung, Allah s.w.t. mungkin aku juga akan bahagia jika hanya mencintai suamiku kelak. Tetapi kebahagiaan seorang bukanlah terletak pada cintanya seorang lelaki. Mungkin sesetengah wanita akan bahagia jika dirinya dicintai oleh seorang lelaki. Namun aku, aku merasakan hidup ini tidak akan sempurna dan bahagia jika aku terlampau taksub untuk mencintai seorang lelaki yang bukan mahram. Setiap insan inginkan kebahagiaan… namun aku?? Di mana letaknya kebahagiaan aku. Kebahagiaan aku sebenarnya adalah terletak pada keluarga aku yang amat menyayangi aku, Mak yang telah mengandung dan melahirkan dan aku, abah, abang dan kakak, rakan-rakan yang amat menyayangiku dan yang paling penting hati aku amat bahagia sekali jika mengingati pencipta yang maha agung, Allah s.w.t.
Wahai pemilik nyawaku Betapa lemah diriku ini Berat ujian dariMu Ku pasrahkan semua pada-Mu Tuhan baru ku sedar Indah nikmat sihat itu Tak pandai aku bersyukur Kini ku harapkan cintaMu Kata-kata cinta terucap indah Mengalir berzikir di kidung doaku Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku Butir-butir cinta air mataku Teringat semua yang Kau beri untukku Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya Ilahi muhasabah cintaku Tuhan kuatkan aku Lindungiku dari putus asa Jika ku harus mati Pertemukan aku denganMu Muhasabah Cinta...

Titisan Mutiara Jernih Berlinangan

Kadangkala hidup ini tidak selalunya indah... Namun ku berdoa ke hadrat ILLAHI... Moga aku memperolehi peluang kehidupan ini... di isi dengan warna-warna ceria. Insha ALLAH... Ku rindu ALLAH... Ya ALLAH... Aku ingin mendapatkan cinta-MU semula. Betapa aku berdosa selama ini. Aku tercari-cari hala tujuku sendiri. Aku buntu sebelum ini. Ku berdosa kpd-MU ya ALLAH... Aku tidak mendapat ketenangan itu lagi. Aku semakin jauh dengan-MU. Disebabkan cinta manusia, ku terleka. Ku asyik dgn kehidupanku yg penuh dgn fitnah dan kealpaan. Ku tahu cinta itu fitrah. Namun ku akui... aku tidak mampu utk menanggung cintaku terhadap insan yg belum tentu lagi menjadi milikku. Hanya ENGKAU mengetahui segala-segala perjalanan hidup hamba-MU. Cintaku hanya untuk-MU ya RABB... Aku ingin melabuhkan cintaku untuk-MU sebelum aku mendapatkan cinta drpd insan lain. Ketika dahulu... ku amat tenang dengan cinta dan kasih sayang-MU tanpa ada cinta manusia. Ku snts bermunajat kpd-MU agar cintaku untuk-MU meninggi ta...
Image
"Kamu tidak perlu merendahkan martabat diri demi untuk meraih cinta seorang lelaki. Ketahuilah, manisnya dan cantiknya seorang perempuan itu terletak pada taqwanya, hatinya yang sentiasa tunduk malu pada perkara-perkara yang tidak patut."

Beruntungnya Perempuan.

siapa kata jadi perempuan tu senang? nak kena tutup sana, tutup sini tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising perempuan, stoking pon kena pakai cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari komfem x tahan bertutup semua tapi, perempuan cool jek tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan? siapa kata jadi perempuan tu senang? tiap2 bulan, mesti ada penyakit nak pergi kelas pon susah kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit cuba tengok budak lelaki , selamber jek kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit hebat kan perempuan? siapa kata jadi perempuan tu senang? hati ni Allah jadikan lembut betul cepat jek sensitif cuba tengok orang putus cinta selalu perempuan yg paling susah nak lupa lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru cuba pergi wayang ten...