mimpi yg indah.. teramat indah! (rabu mlm khamis-tgh mlm) 17 Ogos 2011
terasa ingin menaip sesuatu di sini. x salahkan klu saya b'kongsi dgn semua sahabat yg sudi membaca blog saya ni. saya ada sesuatu nak dikongsikan b'kaitan mimpi saya. kalau boleh, saya nk mimpi perkara tu lagi. terlalu indah sangat2! dalam seumur hidup saya, x pernah saya mimpi perkara yang indah itu. saya ternampak sesuatu yg indah di langit pada waktu tengah malam. betapa saya teruja.
sewaktu saya terlihat setiap nama 'ALLAH' di langit itu, tidak jemu2 saya berzikir memuji kebesaran Pencipta alam. SubhanALLAH! dalam mimpi tu bagaikan saya menemui malam Lailatulqadar. Berseri2 bulan dan berkelipan bintang menunjukkan cahaya yang bersinar. kalimah ALLAH bertukar ganti dengan nama Muhammad s.a.w. Setiap kalimah ALLAH bercahaya dan bertukar warna yang amat cantik apabila kita melihatnya.
di setiap sudut kiri, kanan, hadapan, belakang x kira di sudut mana2 pun di sekeliling saya, terbentang kalimah ALLAH dgn cahaya yang bergemerlapan. pelbagai corak dan warna membuatkan hati saya terpesona dan takjub yg teramat sgt. betapa indahnya kalimah ALLAH itu. Kemudian, saya ternampak 1 cahaya bagaikan tahi bintang bertembung dgn cahaya yg berserak. apabila pertembungan berlaku, keluar cahaya yg banyaknya bagaikan bunga api. bunga api pun x secantik seperti yg ada dlm mimpi saya tu.
Saya ingin bermimpi seperti itu lg. hati saya tenang sangat2. apabila saya terbangun drpd tidur, saya terbayangkan lg gambaran kalimah ALLAH itu. SubhanALLAH... Sampai sekarang ini, saya masih boleh teringatkan gambaran itu. tp, saya sedih krn ianya hanya mimpi. bukan malam Lailatulqadar yg sebetul2nya. saya tahu, amat sukar utk kita menemui malam yg penuh barakah itu. mlm td, alhamdulillah... saya dapat juga bersolat tarawih di masjid. solat hajat dilakukan scr berjemaah juga. niat saya utk solat hajat hanya utk menemui malam al-Qadar. moga ALLAH makbulkan segala doa saya.
entah kenapa... saya berasa syahdu dan terharu apabila teringat kembali mimpi tersebut. dlm solat tarawih berjemaah mlm td, sewaktu solat witir membaca doa qunut di rakaat ketiga, saya mengalirkan air mata mendengar ayat2 ALLAH. hati saya hiba. saya benar2 rindukan ALLAH skrg ini. hanya ALLAH shj yg mengetahui betapa kerinduan ini semakin menebal. saya ingin snts dekat dgn DIA. tdk sekali2 saya lupakan DIA. moga ALLAH mendengar sgl rintihan hamba-NYA. rasa sedih krn Ramadhan x lama lg akan berakhir... ya ALLAH... aku ingin bertemu malam Lailatulqadar...tlglah ya ALAH... jgnlah ENGKAU memberi keuzuran pdku pd mlm itu krn aku ingin beribadah pd-MU. kerna aku ingin bangun di tgh mlm utk sujud bertahajjud di hadapanmu. bantulah hamba-MU ini. amat sukar utk ku menemui mlm barakah itu lg.. aku benar2 rindukan-MU. layakkah aku menjadi kekasih hati-MU...
Comments
Post a Comment