Assalamualaikum w.b.t.
Ahlan Wa Sahlan...


srikandi

srikandi

Driku Yang Khilaf...

Ya Allah, aku ingin PERGI JAUH dari dunia ini..jauh dari kesesatan dan keraguan yang terlahir dalam hati, jauh dari PERMAINAN DUNIA ini..yang kadangkala membuatkan diri ini merasa SAKIT dan LETIH, terasa jatuh semula..rebah tidak berdaya, di bibir mengatakan sayang dan CINTA tapi adakah di hati dan perbuatan melahirkan rasa yang SAMA?

Benar MUJAHADAH itu memang payah dan apa yang Allah SUKA amat sukar untuk lakukan..MENGAPA? mungkin diri ini terlalu banyak NODA dan DOSA yang menghuni dan kerana itulah KEKUATAN jarang mendiami hati..ya Allah, jangan pergi jauh dari diriku ini...Amin ya Allah..

Monday, November 29, 2010

Batas aurat lelaki dan wanita

SOALAN: Saya ingin tahu batas-batas aurat lelaki dan wanita ketika berada di hadapan umum. Bagaimanakah aurat wanita Islam ketika bersama-sama wanita bukan Islam dan ketika berada di hadapan lelaki yang mahram dan bukan mahram?

Saya begitu keliru kerana ada berbagai-bagai corak dan bentuk pakaian wanita Islam pada hari ini. Antara mereka ada yang memakai tudung kepala, tetapi masih memakai kemeja-T dan seluar jeans. Harap tuan nyatakan juga yang mana satu pakaian Islam yang memenuhi ciri-ciri Islam sebenarnya. 


Jawapan: Islam tidak pernah menentukan fesyen atau bentuk pakaian yang diberi nama pakaian Islam. Islam menerima semua fesyen dan reka bentuk pakaian asalkan pakaian itu menutup aurat dengan sempurna dan tidak membangkitkan nafsu seks sama ada lelaki atau wanita.


Saya pernah menyebutkan dalam siri tulisan saya terdahulu dalam ruangan ini, pakaian Melayu seperti kebaya labuh, baju kurung, sarung dan seluar besar boleh diterima sebagai pakaian yang memenuhi keperluan menutup aurat menurut kehendak Islam.


Kemeja-T dan seluar yang terlalu ketat sehingga kelihatan bentuk badan dan pakaian yang terlalu nipis, tidak boleh dianggap pakaian Islam kerana ia tidak mampu menutup aurat dengan sempurna. Demikian juga pakaian yang bertulis kata-kata yang tidak manis disebut seperti I Love You, Kiss Me dan sebagainya, tidak sesuai dipakai sama ada oleh wanita atau lelaki Islam, kerana tulisan itu memberi erti yang negatif dan bertentangan dengan nilai-nilai dan adab sopan Melayu dan Islam.


Aurat wanita Islam yang wajib ditutup supaya tidak dilihat lelaki yang bukan mahram dan juga wanita yang bukan muslim ialah seluruh badannya, kecuali muka, dua tangan dan dua tapak kaki menurut sesetengah pendapat. Saya setuju dengan pendapat ini kerana ia sederhana dan tidak menyulitkan wanita.


Ada beberapa pendapat lain turut menyatakan hukum dan batas-batas aurat wanita, misalnya kewajipan menutup aurat itu hanya khusus kepada isteri-isteri nabi. Wanita biasa dan bukan isteri nabi tidak wajib menutup aurat seperti yang disebutkan di atas, kerana tiada dalil menyebutkan dengan jelas bahawa mereka juga dikehendaki menutup aurat.


Selain itu, ada lagi pendapat yang agak keras iaitu wanita dikehendaki menutup seluruh badan termasuk muka, dua tangan dan kaki, kecuali sebelah mata kiri sahaja yang harus dibuka bagi keperluan bergerak ke sana sini. Bagi memenuhi keperluan ini, mereka perlu memakai pakaian seperti niqab yang menutup muka, di samping jilbab yang biasa dipakai wanita.


Saya cenderung kepada pendapat yang menyatakan muka dan dua tapak tangan harus dibuka kerana keperluan hidup harian mendesak wanita membuka muka dan tangan. Hidup harian yang dimaksudkan termasuklah pergerakan wanita yang berkerjaya, seperti guru dan pelajar. Mereka perlu membuka muka ketika berada di luar rumah dan ketika berinteraksi dengan murid-murid di bilik darjah, ketika berbincang dan menduduki peperiksaan dan di tempat kerja.


Saya kira pendapat ini cukup sesuai bagi menjalani kehidupan yang lebih selesa dan mudah terutama bagi wanita dalam masyarakat seperti di Malaysia yang pada umumnya berkerjaya seperti lelaki. Wanita yang berkerjaya, pada anggapan saya, tiada alasan untuk tidak menutup aurat, tiada juga tanda-tanda menunjukkan bahawa pakaian yang menutup aurat itu mengurangkan tahap kecemerlangan dalam perkhidmatan mereka.


Pendapat sesetengah orang yang membenarkan wanita mendedah aurat dan sebahagian besar anggota badannya kepada umum agak keterlaluan. Sumber-sumber tafsir dan hadis menyatakan pendedahan aurat itu adalah aksi kaum jahiliah pada suatu ketika yang lalu dan ditolak oleh Islam.


Ulama berbeza pendapat dalam menentukan hukum sama ada tapak kaki wanita juga termasuk bahagian daripada aurat yang wajib ditutup atau bukan aurat. Sesetengah mazhab menyatakan tapak kaki tidak wajib ditutup, kerana ia perlu dibuka bagi keselesaan berjalan, lagipun tapak kaki tidak mendatangkan reaksi negatif kepada kaum lelaki.


Dalam surah al-Nur, ayat 30-31 menyatakan batas-batas aurat dan perhiasan yang harus dan tidak harus dibuka. Menurut tafsir Ibn Abbas, muka dan dua tapak tangan atau disebutnya sebagai perhiasan zahir dikecualikan daripada anggota badan yang wajib ditutup. Perhiasan batin iaitu telinga, leher, rambut, dada, dua lengan dan betis hanya harus dibuka ketika di rumah atau ketika berada di hadapan keluarga terdekat iaitu bapa, anak-anak, ibu bapa mentua dan adik-beradik.


Anggota yang lebih sulit seperti belakang, perut, kemaluan dan paha, tidak harus dibuka sama sekali, sekalipun di hadapan keluarga terdekat atau sesama wanita, sama ada Muslim atau bukan Muslim, kecuali kepada suami sahaja yang diizin melihat seluruh anggota isterinya.


Dengan kata lain, aurat wanita dari segi tempat terbahagi dua iaitu di dalam dan di luar rumah. Di dalam rumah ketika di hadapan mahram, tidak wajib ditutup anggota-anggota leher, rambut, lengan dada, betis dan perhiasan yang dipakai pada anggota-anggota itu. Ketika di luar rumah pula, biasanya wanita lebih terdedah kepada orang ramai, dia hanya harus membuka muka dan tangan.


Hukum ini difahami daripada firman Allah yang bermaksud: Wahai Nabi! Suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan orang perempuan yang beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya, semasa mereka keluar. Cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal sebagai perempuan-perempuan yang baik. - (al-Azhab: 59).


Difahamkan perintah ini dikenakan kepada wanita-wanita yang masih muda kerana bimbang keselamatan mereka diganggu lelaki yang tidak bermoral. Tidak benar jika ada pendapat menyatakan Islam tidak mempercayai iman dan ketakwaan lelaki, kerana iman adalah soal yang terlalu nisbi sama ada lelaki atau wanita. Penutupan aurat adalah sebagai langkah pencegahan sebelum sesuatu kejadian buruk berlaku.


Wanita yang sudah lanjut usia atau disebut dalam al-Quran al-qaqaid min al-nisa, iaitu wanita yang tidak berminat lagi untuk berkahwin atau tidak lagi diminati lelaki, mereka harus membuka sebahagian pakaian luar yang menutup badannya, tanpa memakai perhiasan yang berlebihan kerana dibimbangi keselamatan mereka terancam atau diganggu.


Hukum ini dijelaskan dalam surah al-Nur, ayat 60 yang bermaksud: Mana-mana perempuan tua yang telah putus haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi, maka tidak ada salahnya mereka meninggalkan pakaian luarnya, tanpa bertujuan mendedahkan perhiasan.


Namun jika mereka tetap mempertahankan penutupan aurat dengan lebih sempurna, ia adalah lebih baik dan menjamin keselamatan mereka. Saya berpendapat wanita tua ada baiknya juga memilih hukum yang dilonggarkan itu serta menerima keterbukaan Islam dalam soal aurat dan cuba merealisasikan hikmah yang tersirat di sebaliknya, seperti merapatkan hubungan orang tua dengan masyarakat sekitar dan lain-lain.


Aurat wanita sesama wanita pula ialah seluruh badan kecuali kawasan antara pusat dan lutut. Kawasan ini haram dilihat atau didedah, sekalipun tanpa berlaku fitnah yang dibimbangi.
Batas-batas aurat lelaki pula, ulama sepakat menyatakan kemaluan hadapan dan belakang merupakan aurat mughallazah (keras) yang wajib ditutup. Tetapi mereka berbeza pendapat tentang hukum paha, sama ada ia juga wajib ditutup.


Kebanyakan ulama berpendapat paha termasuk aurat yang wajib ditutup bagi lelaki. Ini bermakna, aurat lelaki ialah kawasan antara pusat dan lutut. Mereka bersandarkan sebuah hadis riwayat Bukhari daripada Jarhad dan lain-lain yang menyatakan paha itu aurat. Sebahagian ulama berpendapat hadis ini terdapat beberapa kelemahan yang mencacatkan kesahihannya dari segi hujah dan pengambilan hukum.


Sesetengah ulama pula berpendapat paha tidak termasuk aurat yang wajib ditutup kerana ada hadis Anas yang juga diriwayatkan oleh Bukhari. Hadis itu menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah membuka paha sucinya. Pendapat ini didukung oleh Ibn Hazm dan Imam Malik. Dalam kitab-kitab mazhab Malik menyatakan bahawa aurat lelaki hanya terbatas kepada dua bahagian kemaluan sahaja.


Sebahagian ulama fikah cuba menserasikan antara dua pendapat ini dengan mencari jalan tengah, termasuk Imam Bukhari sendiri yang berpendapat hadis riwayat Jarhad lebih sempurna bagi penutupan aurat, sekalipun daif, manakala hadis Anas pula lebih sahih dari segi riwayat. Ini bermakna Imam Bukhari lebih cenderung kepada hadis Jarhad dalam hal penutupan aurat yang membabitkan hukum masyarakat.


Imam al-Syaukani juga lebih cenderung kepada hadis Jarhad yang menyatakan paha itu aurat. Menurut beliau, hadis Anas walaupun kedudukannya lebih kuat, namun ia lebih merupakan suatu pemberitahuan tentang keadaan nabi. Jalan pemberitahuan ini lebih khusus kepada nabi sahaja. Maksudnya, hukum itu tidak boleh diamalkan oleh umatnya secara umum dan menyeluruh.


Ibn al-Qayyim pula cuba mencari jalan serasi yang lain, beliau mengatakan aurat itu terbahagi dua iaitu mughallazah (berat) dan mukhaffafah (ringan). Kemaluan hadapan dan belakang dikategorikan sebagai aurat mughallazah (berat), paha pula dikategorikan sebagai mukhaffafah (ringan). Bagaimanapun kedua-duanya dikira aurat dan wajib ditutup juga.
Pendapat yang bersandarkan hadis Anas ini memberi sedikit kelonggaran kepada ahli sukan dan pasukan beruniform yang memilih pakaian itu jika ia tidak mengganggu pandangan orang ramai dan penonton. Hadis riwayat Anas menjadi sebaik-baik hujah kepada mereka.


Saya berpendapat majoriti masyarakat Islam Malaysia yang berpegang kepada mazhab Syafie pada umumnya masih belum dapat menerima pendedahan paha bagi kaum lelaki.
Walaupun sebelum ini beberapa pasukan beruniform mengenakan pakaian seluar pendek seperti polis dan kanak-kanak sekolah. Pakaian itu kini bertukar kepada seluar panjang, kerana masyarakat Islam dan budaya Melayu tidak dapat menerima pendedahan paha kepada umum.

Perlu tahu, Tapi Jangan Tuju

NERAKA. Bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu. Manakala penjaganya adalah malaikat yang gagah perkasa lagi bengis. Apinya sangat panas berjuta kali ganda berbanding kepanasan api di dunia ini. Jika api itu jatuh ke bumi walaupun sebesar hama, nescaya hancur lebur dunia ini. Itulah gambaran kepanasan api neraka. Semua ini telah dinukilkan oleh Allah SWT di dalam kitab-NYA al-Quran Surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud :

“Wahai orang beriman jagalah dirimu, keluargamu daripada api neraka. Bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Sedangkan penjaganya adalah malaikat yang gagah lagi bengis. Mereka tidak menderhaka Allah, mereka melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya.”

Di neraka, Allah SWT menciptakannya khusus bagi orang kafir dan termasuklah golongan yang ingkar suruhan dan perintah Allah SWT. Mereka diseksa dan dibakar di dalamnya. Amat mengerunkan. Takut. Amat menakutkan.

Neraka sebenarnya berasal daripada perkataan “Ibrani” bermaksud “unggun api” di mana menjadi tempat seksaan Allah yang dikhususkan untuk golongan ingkar kepada perintah-Nya ketika di dunia ini. Manakala terdapat tujuh nama dan pembahagian tingkatan neraka menurut Syeikh Dahak Al-Ahbar yang kemudian dipersetujui ahli tafsir dan Usuluddin, antaranya Syeikh Qurthubi dan Imam Al-Ghazali yang sedia menanti penghuni-penghuninya yang ingkar terhadap perintah dan suruhan Allah SWT ialah :

Neraka Jahannam

Tingkat teratas. Neraka ini bermula dari tingkat paling atas sehingga ke terakhir (bawah). Ia seburuk-buruknya dan penghuni kekal di dalamnya. Tempat istimewa ini bagi orang-orang kafir dan mereka kekal di dalam selama-lamanya. Ini berdasarkan kepada Firman Allah SWT di dalam surah an-nisa’ ayat 169 yang bermaksud :

“Orang kafir dan orang aniaya, mereka tidak diampunkan Allah dan tidak pula ditunjukkan jalan melainkan ke Neraka Jahanam. Mereka kekal dalam neraka itu selamanya. Yang demikian itu mudah sekali bagi Allah”.

Luza

Tingkat kedua yang dihuni pendusta agama Allah dan berpaling daripada ajarannya. Firman Allah bermaksud:

“Sebab itu Kami beri khabar menakut kamu dengan Neraka Luza (neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya melainkan orang celaka, iaitu orang mendustakan agama dan berpaling daripadanya.” (surah Al-Lail: 14-16)

Hathamah

Neraka tingkat ketiga tempat mereka yang lalai dalam mengerjakan perintah Allah kerana dipengaruhi harta dunia.

Sair

Tingkat ke empat neraka dihuni mereka yang makan harta anak yatim. Mata dan telinga mereka menjadi buta dan pekak manakala kulitnya tebal seperti Jabal Uhud.

Saqru

Neraka tingkat kelima, antara penghuninya ialah orang tidak bersolat, percaya kepada perkara bidaah, tidak memberi makan orang miskin dan tidak percaya kepada Hari Pembalasan.

Jahim

Neraka tingkat keenam. Penghuninya melakukan dosa besar seperti berzina, membunuh, mendustai agama Allah dan minum arak.

Hawiyah

Neraka paling bawah menempatkan orang memusuhi Nabi. Walaupun neraka ini paling bawah, apinya sangat panas. Firman Allah SWT bermaksud:

“Siapa yang ringan timbangan, dia dilemparkan ke Neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah Neraka Hawiyah? Ia adalah api yang sangat panas. “ (surah Al-Qariah: 8-11)

Kesimpulannya, itulah tujuh nama neraka dan tingkatannya. Di setiap tingkatannya terdapat kategori penghuni masing-masing. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengingati selalu peringatan Allah SWT supaya sentiasa menjaga diri dan keluarga daripada menjadi bahan bakar api neraka yang di dalamnya sangat panas lagi pedihhh. Wallahu A’lam.

Sunday, November 28, 2010

Adakah Wanita Penghuni Terbanyak di Neraka?

Disebutkan dalam hadis sahih bahwa Rasulullah bersabda untuk para wanita:
"Sesungguhnya aku melihat kalian sebagai penghuni neraka terbanyak." (Hr. Bukhari dan Muslim). Dalam hadis lain Rasulullah saw. bersabda:
"Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit jumlahnya adalah kaum wanita." (Hr. Bukhari dan Muslim).
Dan bersama itu, terdapat pula hadis sahih yang lain bahwa bagi setiap laki-laki penghuni dunia ini akan mempunyai dua isteri (di surga) (Hr. Bukhari dan Muslim) yakni dari penghuni dunia. Dalam masalah di atas, para ulama berbeda pendapat dalam menggabungkan hadis-hadis di atas yaitu apakah wanita merupakan kebanyakan penghuni surga atau penghuni neraka ?
Sebagian ulama berkata: "bahwa wanita adalah kebanyakan penghuni surga dan juga kebanyakan penghuni neraka, karena memang jumlah mereka banyak. Qadhi 'Iyadl berkata: "Wanita adalah anak cucu Adam yang terbanyak."(Tharh Tatsrib, 4/270)
Sebagian ulama yang lain berkata: "Wanita adalah penghuni neraka terbanyak berdasarkan hadis-hadis di atas dan mereka juga adalah penduduk surga terbanyak jika digabungkan jumlahnya dengan bidadari surga, karenanya jumlahnya kemudian menjadi lebih banyak dari pada laki-laki di surga."(Al-Tadzkirah, 2/148). Yang lainnya lagi berkata: "Semula wanita adalah penghuni neraka terbanyak, namun kemudian mereka menjadi penghuni surga terbanyak setelah yang muslimahnya keluar dari neraka." Al-Qurthubi mengomentari hadis Nabi saw.:
"Sesungguhnya aku melihat kalian sebagai penghuni neraka terbanyak."(Hr. Bukhari dan Muslim), bahwasanya ini mungkin saat mereka menjadi penghuni neraka terbanyak, akan tetapi setelah mereka keluar dari neraka karena syafa'at dan rahmat Allah, sehingga tidak ada yang tersisa di neraka orang yang pernah mengucapkan kalimat Syahadah, maka wanita pun kemudian menjadi yang terbanyak di surga.(Hadi al-Arwah li Ibn al-Qayyim, 144). Karenanya kesimpulannya adalah hendaknya wanita berusaha untuk menjadi penghuni surga.
Apabila wanita masuk ke surga, maka Allah SWT akan mengembalikan usia mudanya dan kegadisannya berdasarkan sabda Rasulullah saw.:
"Sesungguhnya surga tidaklah dimasuki oleh orang lanjut usia …Sesungguhnya jika Allah memasukkan mereka ke surga, maka Dia akan mengembalikan mereka menjadi gadis-gadis."(Hr. Abu Nu'aim dalam Shifat al-Jannah, 391 dan dihasankan oleh al-Albani dalam Irwa' al-Ghalil, 375).
Disebutkan dalam beberapa atsar bahwa wanita di dunia saat berada di surga akan jauh lebih cantik melebihi kecantikan bidadari-bidadari surga, ini karena kesungguhan mereka dalam beribadah kepada Allah SWT.(Hadi al-Arwah, 223, Tafsir al-Qurthubi, 6/154, dan Shifat al-Jannah li Ibn Abi Dunya, 87).
Ibn al-Qayyim berkata: "Sesungguhnya setiap orang dilarang untuk mendekati selain pasangannya saat berada di sana (surga)." (Hadi al-Arwah, 87).
Demikianlah saat ini surga tengah berhias untuk kalian, wahai kaum wanita! Sebagaimana mereka juga tengah berhias untuk laki-laki.
di tempat yang disenangi di sisi (Rabb) Yang Maha Berkuasa. (QS. Al-Qamar:55)
Maka berhati-hatilah kalian dari menyia-nyiakan kesempatan itu. Sesungguhnya umur ini adalah terbatas dan pasti akan berakhir dan tidak ada setelah itu kecuali kekekalan. Maka jadikanlah kekekalan kalian adalah di surga insya Allah. Ketahuilah kalian, sesungguhnya maharnya surga adalah iman dan amal saleh, bukan angan-angan yang batil yang tidak pernah terwujudkan. Dan ingatlah sabda Rasulullah saw.:
"Apabila seroang wanita shalat lima waktu dan puasa ramadhan dan menjaga kesuciannya serta mentaati suaminya dikatakanlah kepadanya masuklah kedalam surga darimana saja yang anda inginkan." (Shahihul Jami' li al-Albani, 660).
Dan tinggalkanlah sejauh-jauhnya penyeru-penyeru fitnah dan penghina kaum wanita yang menginginkan kerusakan kalian dan ingin menanggalkan rasa malu dari kalian serta memalingkan kalian dari memperoleh kenikmatan surga. Dan janganlah kalian tertipu dengan ungkapan-ungkapan dan olesan bibir-bibir mereka yang mengajak pada kesetaraan gender. Karena sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang yang digambarkan oleh Allah SWT dalam firmanNya:
Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)… (QS. Al-Nisa':89)

Thursday, November 25, 2010

Alahai Kucing...

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi, Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mahsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya, lebih kurang 10 km, lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentah lagu "Cindai" nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melangok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sekujur badan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lebih jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semua jalan ditempuh,
sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.

Budin: "Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak?" tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar...

Gayah: "Ada, ada dekat depan pintu tu hah, Kenapa?" tanya Gayah keheranan.

Budin: "Panggil dia!" herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: "Kenapa?" tanya Gayah lagi.

Budin. "Aku nak tanya dia, macamana nak balik ke rumah. Aku sesat ni...!!"



hehehehe... 

CINTA


Apakah itu cinta?
 
......Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.
Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada 
yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.
 
Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insanyang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada 
yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka 
mendambakan.. cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insansebegini inginhidup yang bersih dan penuh taqwa.
 
Sifat Cinta
 
      Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu
sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta.
Untuk mengetahui dengan lebih dekat,kita perlulah tahu sifat-
sifat cinta ;
 
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke 
dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari 
cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya 
setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta 
itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci 
murni serta putih bersih.
 
Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan
manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia
menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan
dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk
dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang
dicintai.
 
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan
cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik
malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.
 
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari
diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang
dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai
dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak itu timbal
balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi
juga menerima.
 
Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanya
khusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain.
Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi,dalam pada
ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
 
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu
siapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh
jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu
apa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu
akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
 
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh
layu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar 
cinta,berkata cinta,melihat cinta.Cinta ada segala-galanya.Sayang, 
benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis.
Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang 
berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup 
walaupun telah mati.
 
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta
bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan
cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa
Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka
yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin.
Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang
tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
 
Cinta Itu Mempersona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta
itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagai-
mana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum
pada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja ianya
comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifat
cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila
bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya
dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan
menodai cinta itu sendiri.
Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang 
bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu
dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika
anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
 
Apakah itu Bukti Cinta?
......Cinta perlukan bukti.Ramai orang percaya bahawa
bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa
saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak
berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.
 
Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.Jika anda beri semua
yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda?
Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan
anda?
 
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih
yang dicintai.Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan
selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri
 
      "Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu
      membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap
      sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"
                              - Saidina Umar Ibnul Khattab -


 

Wednesday, November 24, 2010

Bermulanya Persahabatan Berakhir Dengan Ikatan Yang Kukuh



Terima kasih kepada sahabat2 yg sudi baca blog ana utk hari ini. Ana minta maaf sbb baru mlm ni update utk news yg t'baru. Kepenatan yang tak t'hingga inilah yg membuatkan ana nk tido awal mlm ni. Apa2pun, ana ada update 1 shj cerita b'kaitan tajuk "Kerana ALLAH Kami Berpisah". Moga sahabat2 dapat menjadikan pedoman dan manfaat. Maaf lagi sekali krn hanya update utk 1 cerita shj. Insha ALLAH, utk esok ana post seberapa byk yg mgkn utk kita kongsi ilmu b'sama. 


Ana berasa b'syukur krn ana dpt 'dating' dgn sahabat rapat ana utk hari ini. hehe... jgn salah sangka pula ya. Sahabat perempuan ana yg paling rapat. Hanya dia lah sahabat yang membuatkan ana berasa bahagia dan ceria. Segala masalah dan pengalaman, kami kongsi bersama. Itulah adanya sahabat sejati. Alhamdulillah... daripada sekolah teknik lagi hubungan persahabatan ini dijalinkan. Sehingga kini, ukhuwah persahabatan ini mekar mewangi bagaikan bunga kembang di subuh hari. Athira.. moga hubungan silaturrahim ini akan kekal sehingga nafas kita terhenti. Ku sayang kamu hanya kerana ALLAH... Ku sayang kamu kerana budi pekertimu yang membuatkan ku senang apabila bersamamu. Kau seorang sahabat yg memahami dan banyak memberi kata2 perangsang kpd ku. Terima kasih sahabatku sayang...


Jadi, buat sahabatku sekalian yang membaca blog ana ini.. pilihlah sahabat yg benar2 ikhlas menerimamu seadanya. Sahabat yg diredhai adalah sahabat yg memperjuangkan diri menjadi khalifah di muka bumi ini. Berhati-hatilah dengan kawan yang makan kawannya sendiri. Berdoalah pd ALLAH moga dpt mengurniakan sahabat yang menjaga nama baik kita ketika kita hidup atau selepas mati... 


Wallahua a'lam.

KERANA ALLAH KAMI BERPISAH

Sebuah karya yang ana ambil daripada artikel senior ana masa kat poli dulu. sama-samalah kita hayati di sebalik cerita ini..  Alhamdulillah...


 Salam untuk semua. Saya terkejut kerana cerita saya, walaupun tergantung, mendapat sambutan yang saya tidak sangka. Oleh kerana pada hari itu saya tergesa-gesa dalam menulisnya lantaran kelas yang menghambat, maka saya ambil keputusan untuk menulisnya kembali dari mula. Saya harap para pembaca yang sudi melihat tidak bosan dengan cerita saya. 

Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Tuesday, November 23, 2010

AMANI by Amar~Betapa Tingginya Martabat Wanita di Sisi Lelaki Bergelar Suami~

Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati

Salam Sayang daripada Ana untuk Akhowat sekalian. Alhamdulillah...

Syukur di atas segala rahmat-NYA kerana pada hari ini kita masih lagi diberi kesihatan oleh ALLAH s.w.t. Ana bangun pada pagi ini seperti ada suatu kelainan dalam diri ana. kesegaran, ketenangan, kedamaian dan cintanya ana pd Maha Pencipta menggunung tinggi. Tidak pernah lagi ana merasa perasaan sedemikian begini. Syukur di atas segala rahmat-NYA. Ana doakan moga diri akhowat sekalian semua akan merasai perasaan mendalam yang tidak boleh diungkapkan melalui kata-kata. Perasaan dekatnya kita pd ILLAHI.


Pada hari ini, ana ingin berkongsi dengan antum sekalian sejarah hidup ana sebelum ana merasai nikmat ketenangan seperti sekarang ini. Ana juga seorang insan yang masih lagi banyak kekurangan. Diri ana tidak sempurna. Ana pernah terfikir, layakkah ana untuk menjadi 'wanita solehah' sedangkan diri ini masih kurangnya iman di dada. Sewaktu dahulu ana pernah jahil tentang Islam. Terlalu jauh sangat-sangat dengan-NYA.


Sehinggakan bila ana teringat kembali diri ana pada waktu dahulu, serta merta air mata akan berlinangan. sikap 'keras kepala' yang tidak pernah mendengar nasihat itulah yang menjadikan diri ana ketandusan cinta ILLAHI. Kehidupan sentiasa dibelenggu dengan pelbagai masalah. sehinggakan ana sedih kerana tidak ditawarkan belajar di IPTA selepas ana mendapat keputusan SPM. Keputusan SPM ana tersangat-sangat teruk sehinggakan ana seperti sudah berputus asa di dalam hidup ana sendiri. Siapa lagi yang boleh membantu ana ketika itu? Tiada sesiapa. Ana bersedih mengenangkan nasib diri.


Namun, ALLAH jualah yang mengembalikan semangat ana untuk berjaya. Ana pun tidak sangka, yang ana ditawarkan belajar di Politeknik Shah Alam (Diploma). Berdekatan dengan rumah ana. Ana ingat lagi, ana digelarkan pelajar 'second intake' waktu tu. Ana pun tak lalui program 'Minggu Suai Kenal'. Pelajar-pelajar yang lain semuanya sudah belajar selama seminggu. Memang waktu tu agak berdebar-debar dan risau sebab kena 'ketch up' pelajaran yang tertinggal sebelum ini.


Dari situlah, ana belajar banyak ilmu lebih-lebih lagi berkaitan ilmu agama Islam yang banyak mendorong ana berubah ke arah kebaikan. Rakan-rakan seperjuangan yang bermujahidah ke jalan ALLAH ini lah yang sentiasa memberi dakwah tarbiah serta tidak jemu dengan melaksanakan usrah dalam mendekatkan diri ana pada yang Maha ESA sehinggalah waktu ana di semester kedua, ALLAH telah bukakan hati ana untuk berubah daripada segi pemakaian 'muslimah' yang berkonsepkan Islam yang sebenar-benarnya. Sikap ana yang terlalu cepat marah ini pula semakin berkurangan. Ana seolah-olah sentiasa berasa bahagia dengan diri ana. Senyuman tidak lekang meniti di bibir walaupun ada juga masalah berkaitan pelajaran yang melanda diri ana tika itu. Subhanallah. Betapa agung-NYA cinta-MU kepadaku. Walaupun hambu-MU ini terlalu banyak dosa yang tidak terhitung, namun ENGKAU masih menyayangi diriku ini. Hidayah itu akan aku gunakan sebaik-baiknya ya Rabb. Janjiku pada-MU. Alhamdulillah...


Walaubagaimana sekalipun, selepas itu ana diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Sampaikan ana tidak mampu untuk memikulnya. Benarlah, tanda ALLAH sayangkan kita adalah dengan diberi ujian kepada hamba-hamba-NYA. ALLAH tahu, setakat mana hamba-NYA mampu untuk bertahan dengan ujian tersebut. Ana juga diuji dengan cinta palsu daripada seorang insan yang bernama lelaki. Sehinggakan ana terleka dan terumbang-ambing melayari dunia fantasi yang ana reka sendiri. Ana pernah menangis kerana lelaki. Sampai sekarang ana terfikir, kan bagus kalau kita menangis hanya kerana mendapatkan cinta ALLAH. Cinta ALLAH adalah cinta yang hakiki. Bahkan kita sentiasa berasa tenang apabila bersama-NYA.


Pernah sewaktu di semester 3, ana tidak mendapat pointer yang terbaik di dalam pelajaran ana. Terkilan kerana setiap semester, ana akan merangkul pointer 3.5 ke atas. Anugerah dekan. Tetapi, hanya di semester 3 sahaja ana kecundang kerana ALLAH tidak redha dengan keputusan ana yang sedang bercinta dengan manusia. Ana terlalu agung-agungkan cinta pada manusia sehingga ana lupakan cinta ALLAH yang abadi. Masha ALLAH... Banyak memberi kesedaran kepada ana selama ini. Tetapi, ana tidak pernah menyalahkan sesiapa sahaja dalam hal ini. Ana salahkan diri ana sendiri kerana ana tidak mengawal nafsu dan pemikiran ana ke arah yang lebih baik.


Dan kini... Ana rasakan kedamaian ini. Ana dapat rasakan yang ALLAH dekat dengan ana. Selagi kita melaksanakan segala perintah-NYA dan menjauhi segala larangan-NYA, kita akan dapat merasakan yang ALLAH snts di sisi kita. Namun, banyak lagi cabaran yang mendatang. Ana mesti kuat dalam menempuhnya. Lagi-lagi, ujian sebagai pelajar yang sedang menduduki pembelajaran dalam peringkat ijazah ini banyak onak dan durinya. Dan sekarang, ana sudah mempunyai seorang teman rapat. Ana tidak istilahkan antara ana dan dia 'b'couple' kerana boleh mengundang bahaya dalam diri kami. Cukuplah hanya sekadar teman yang sedang mengenali di antara satu sama lain dan berkongsi masalah serta pengalaman tarbiah. Kalau ada jodoh tak kemana... Insha ALLAH, ana akan cuba dekatkan dia dengan pendekatan Islam. Sama-sama kami belajar tentang konsep agama Islam yang sebetulnya. Batasan pergaulan akan kami jaga. Memang kami sudah lama tidak berjumpa. Ana tahu, disebabkan selalu berjumpa itulah banyak terjadinya zina di dalam hati dan juga seluruh anggota badan kita.


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Aku bersyukur pada-Mu yang tidak terhingga. Dan sekarang, ENGKAU memberi peluang kepada aku untuk menimba ilmu seluas yang mungkin. Ana tidak sangka yang ana boleh belajar sehingga setakat ini apabila ana terkenangkan kembali pencapaian sewaktu SPM dahulu yang sebegitu teruk. Memang benarlah... ALLAH lebih mengetahui segala-galanya tentang apa yang tersirat dan tersurat. Terima kasih ya ALLAH... Aku sayangkan-MU ya RABB...





AWAS Wanita!!!. GAMBAR anda di Fb dalam Bahaya!!!. Pleasee baca... Sebarkan..

Ya Akhawat Fil Islaam, Wahai Muslimah2@Facebook, Walau Di Mana Jua Antunna Berada..

Atas Dasar Ukhuwwah & Kasih yang Tidak Terhingga terhadap Antunna, PS Amat-amat Memohon drp Lubuk Hati yang Paling Mendalam....

'SILA DELETE KESELURUH GAMBAR2 ANTUNNA YANG MASIH TERSISA DI FACEBOOK DENGAN KADAR SEBERAPA SEGERA!'.

Terutamanya kepada Mereka yang Belum Berpurdah, Gambar-gambar Antunna di Ambang Bahaya dan boleh menjadi Asbab Fitnah yang Maha Dahsyat kepada Diri, Keluarga dan kepada Addenul Islam itu Sendiri.

Bagi Memastikan Antunna Melakukannya pada SAAT DAN KETIKA INI juga, di bawah ini PS sertakan Beberapa Artikel Beserta Bukti Kukuh bagi Meyakinkan Antunna untuk men'DELETE' Gambar-Gambar tersebut Tanpa Ragu2.


[ ARTIKEL 1 ] ~ TANGAN KOTOR : MEMBOGELKAN GAMBAR MUSLIMAH DENGAN SUPER IMPOSE

Super Impose yang semakin menjadi kegilaan dunia hari ini, telah menyebabkan berlakunya beberapa kezaliman terhadap wajah wanita yang bertudung. Kesal juga, sejak kebelakangan ini, ternampak beberapa bentuk serangan media dengan menggunakan istilah-istilah lucah yang agak meluat untuk menyebutkannya di sini.

Post kali ini, saya cuba menarik para pembaca untuk memahami situasi yang terjadi. Istilah-istilah kotor yang saya maksudkan di atas, cuba dikembangkan. Antara cara-cara mengembangkan otak kotor terhadap wanita muslimah, ialah dengan menggunakan SUPER IMPOSE.

Iaitu, mengambil beberapa keping gambar perempuan bertudung yang dirasakan secocok dengan gambar bogel, kemudian gambar perempuan tersebut dipotong dibahagian yang sesuai. Biasanya garisan tudung tersebut. Kemudian, di”tampal” pada tubuh mana-mana yang tidak berpakaian.

Maka, akan terhasil seorang wanita yang bertudung, tetapi tidak berpakaian. Kerja-kerja ini tidak lain adalah untuk menghina Islam, bahkan menghina wanita muslimah yang sentiasa menjaga aurat mereka. Persoalan di sini, dimanakah saluran mudah untuk mendapatkan gambar-gambar muslimah kita?

Oh ya, FACEBOOK adalah jalan paling mudah dan berkesan. Sejak kebelakangan ini, nampak seperti wanita muslimah Indonesia dan Malaysia yang menjadi mangsa! Hah.. Adakah anda sedar, entah-entah gambar saudara mara kita pula yang kena.

Lebih teruk apabila gambar tersebut dibuat animasi dengan format GIF. Animasi yang boleh ditampal dengan mudah di web-web lucah. Asalnya ia merupakan gambar kaku, tetapi apabila diubahsuai dan diset dalam format GIF, akan terhasil animasi bergerak. Antaranya AKSI-AKSI RANJANG yang agak mengaibkan untuk disebut di sini.



[ ARTIKEL 2 ] ~ AWAS MUSLIMAHKU !!


ASAL FOTO INI ADALAH BERTUDUNG SEMPURNA, NAMUN TELAH DIEKSPLOITASI MELALUI TEKNIK SUPER IMPOSE DAN SINAR X-RAY UNTUK MENAMPAKKAN BAHAGIAN DALAMAN. MAKA KEPADA PARA MUSLIMAH DIKASIHI ALLAH SEKALIAN ,TOLONG DELETE FOTO-FOTO ANDA DALAM MANA-MANA LAMAN PERIBADI ANDA SEPERTI fACEBOOK ,BLOG @ fRIENDSTER SEBELUM MENJADI MANGSA DAN FOTO-FOTO ANDA TERSEBAR DI INTERNET OLEH MUSUH2 ISLAM DAN KAKI PORNOGRAFI

Mungkin proses eksploitasi ini tidak dapat dilakukan jika mana gambar ini sudah tetap..namun sebagai langkah berjaga-jaga, seelok-eloknya tidak wajarlah bagi seorang muslimah mempamerkan gambarnya kepada bukan mahramnya. Jika difikir-fikirkan, kenapa sibuk mempamerkan wajah pada orang tatapan ramai ?..NAK TUNJUK CANTIK??? {PS : NAK KEPUJIAN LELAKI????} Hmmm..cukuplah pamerkan pada suami kalian nanti..renung-renungkanlah.



[ARTIKEL 3] HATI-HATI : FACEBOOK MEMUDAHKAN SI BERTUDUNG DITELANJANGKAN

Susulan daripada artikel saya sebelum ini, yang berkaitan dengan gambar perempuan bertudung yang dieksploitasikan, saya rasa perlu untuk mengulas lebih lanjut tentang istilah “body scanning”. Mungkin ia kelihatan agak tak masuk akal untuk dihasilkan. Tapi, sila baca beberapa kaedah di bawah, yang MEMUNGKINKAN proses ini akan berhasil.

1. Semua orang sudah tahu, bahawa pakaian tidak boleh ditembusi. Tetapi di Airport telah meletakkan sistem “mengkantoikan” anggota badan secara penuh. Dahulu, kita tidak pernah terfikir ia akan berlaku. Tetapi sekarang, ia sudah berlaku.

Ok, ada yang mengatakan bahawa, itu adalah anggota badan secara langsung, bukan melalui gambar. Penjelasannya pada nombor 2.

2. Cuba kita lihat di dalam ruangan Facebook. Kebanyakan pelayar Facebook yang memakai pakaian menutup aurat, tetapi adakah tidak boleh diimaginasikan bentuk tubuh mereka?

Contoh, di dalam gambar 1, si A melakukan aksi 1, gambar kedua pula melakukan aksi 2, sehinggalah 5 keping gambar, dan kesemuanya aksi yang berbeza (walaupun aksi bersahaja dan memakai niqab).


Maka, berdasarkan ukuran baju, lipatan kain, dan sebagainya, memungkinkan tubuh badannya diolah dalam bentuk 3D. Ia adalah hasil imaginasi yang dapat diterjemahkan daripada 5 gambar tersebut. Bukan sahaja 5, 1 pun sudah cukup.


Semua orang tahu, tubuh badan wanita semuanya sama, gemuk bentuknya begini, kurus bentuknya begini, pinggang lebar bentuknya begini, dan sebagainya. Maka, daripada gambar yang tertera, mereka mengolah kepada bentuk 3D, kerana manusia punyai imaginasi.

Senang cerita, kalau anda tengok perempuan bertudung, anda akan dapat mengimaginasi sehingga “menelanjangkan” tubuhnya, walaupun aurat semuanya ditutup. Maka, Islam mengajar kita untuk “menjaga pandangan”, walaupun kepada mereka yang menutup aurat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Demi Kasih dan Cinta PS kepada Antunna, Sekali Lagi PS pohon....

' TOLONG DELETE DENGAN SEGERA, KESEMUA GAMBAR ANTUNNA @ FACEBOOK, SEKALIPUN IANYA TELAH DI'LOCK'.

SEBELUM IANYA DIEKSPLOITASI OLEH MUSUH-MUSUH ISLAM, SAMADA MENGGUNAKAN TEKNIK 'SUPER IMPOSE', 'SINAR X-RAY' ATAU '3D BODY SCANNING' UNTUK MENGAIBKAN MARUAH KAUM MUSLIMAH YANG MEMELIHARA AURATNYA, SETERUSNYA MENCEMARKAN KESUCIAN ADDENUL ISLAM"

Waakhiran Laisa Biakhirin,

Demi Ukhuwwah dan Kasihku Kepada Kalian, PS Amat-amat Memohon Agar Disebarluaskan Info ini kpd Seramai Mungkin Sahabiah2 Antunna di Luar Sana...

& Seterusnya, buat Ikhwahku yang KuKasihi, Sebarluaskan juga Info ini kpd seluruh Mahrammu, Kaum Kerabatmu, mahupun Teman2 Muslimahmu di FB....Demi Memelihara Kesucian Maruah Akhawat Kita dan Menjaga Kemurnian Addeenul Islam yang Sama-sama Kita Cintai...