Titisan Mutiara Jernih Berlinangan
Kadangkala hidup ini tidak selalunya indah...
Namun ku berdoa ke hadrat ILLAHI...
Moga aku memperolehi peluang kehidupan ini...
di isi dengan warna-warna ceria. Insha ALLAH...
Ku rindu ALLAH...
Ya ALLAH... Aku ingin mendapatkan cinta-MU semula. Betapa aku berdosa selama ini. Aku tercari-cari hala tujuku sendiri. Aku buntu sebelum ini. Ku berdosa kpd-MU ya ALLAH... Aku tidak mendapat ketenangan itu lagi. Aku semakin jauh dengan-MU. Disebabkan cinta manusia, ku terleka. Ku asyik dgn kehidupanku yg penuh dgn fitnah dan kealpaan. Ku tahu cinta itu fitrah. Namun ku akui... aku tidak mampu utk menanggung cintaku terhadap insan yg belum tentu lagi menjadi milikku. Hanya ENGKAU mengetahui segala-segala perjalanan hidup hamba-MU. Cintaku hanya untuk-MU ya RABB... Aku ingin melabuhkan cintaku untuk-MU sebelum aku mendapatkan cinta drpd insan lain. Ketika dahulu... ku amat tenang dengan cinta dan kasih sayang-MU tanpa ada cinta manusia. Ku snts bermunajat kpd-MU agar cintaku untuk-MU meninggi tanpa ada rasa kesangsian. Ku yakin cintaku hanya pd-MU ya ALLAH... Cintaku hanya satu iaitu hanya ENGKAU shj di hatiku... setiap masa, ku yakin dgn diriku krn adanya ENGKAU yg sentiasa dekat dgnku.
Srikandi yg bagaimanakah ku ingin miliki? wanita solehah yg bagaimanakah ku ingin contohi? Muslimah yg bagaimanakah ku ingin beri kepada generasi yg akan datang? sedangkan diri ini belum sempurna lagi utk dibaiki... ku harap, moga ALLAH mengampuni segala dosa-dosaku... Biarlah cinta drpd insan lain ku tinggalkan. biarlah aku hidup keseorangan. namun ku tidak gentar dan takut kerana ku yakin ALLAH snts di hatiku. ALLAH sangat sayangkan hamba-NYA. itu sebabnya ku diberi kesedaran sehinggakan aku benar-benar menangis kerana ku amat jauh dengan ALLAH. ALLAH mencemburui krn aku mengagungkan cinta manusia selama ini. Ku abaikan ALLAH. Ku tidak ingat ALLAH yg snts memelihara dan melindungiku selama ini walaupun ku asyik dgn cinta drpd insan lain.
Terima kasih kpd seorang sahabat yg telah menyedarkanku apa itu cinta yg sebenarnya. klu tidak krn dia... aku semakin tercari-cari arah hidupku. Aku sayangkanmu sahabat krn keperibadianmu yg sentiasa prihatin akan diriku. Itu semuanya krn ALLAH telah memberi petunjuk kpdku... ya ALLAH... Sayang-NYA ALLAH kpdku. Sayang-Nya ALLAH sehinggakan dia menemukan aku dengan sahabat perjuangan yg snts menasihatiku malah mengingatkan ku akan kenangan sewaktu ku mula-mula mengenal Islam yg tersangat indah di jiwaku. Kenangan itu tidak akan ku lupa krn kenangan itu yg memberi sinar utk ku meneruskan kehidupan. SubhanALLAH... betapa cinta-NYA ALLAH kpd hamba-NYA. Walaupun adakalanya aku tidak mengingati ALLAH, namun ALLAH snts memberi petunjuk kpdku dalam apa jua bentuk kesedaran agar aku tidak tersilap langkah menghadapi kehidupan yg penuh pancaroba ini...
Kadangkala ku terfikir... walaupun pernah ku berbuat dosa sehingga ku terlupakan ALLAH... Namun, ALLAH snts ada menemani diriku ini... Aku dapat rasakan kehangatan kasih sayang DIA terhadapku. Apabila ku bersedih... pasti ALLAH mengisi kekosonganku... tak dapat ku gambarkan dgn kata-kata... daripada situ... aku dapat merasai ALLAH sygkan ku sgt2... cuma aku tidak mengetahui krn terlalu lekanya aku dgn hal duniawi. ya ALLAH... ampunilah daku yg hina ini... Pernahku jatuh tersungkur sehinggakan aku berputus asa utk meneruskan pembelajaranku... namun, ALLAH ada dengan membantuku utk aku kuatkan semangat. Aku dapat semangat itu semula setelah aku menangis di hadapan-NYA. Secara drastik aku bersemangat meneruskan pembelajaranku... Kasihkan ALLAH kpd hamba-NYA? dan sekarang... ku sentiasa ingat yg ALLAH snts di hatiku ini... Aku syg sgt kpd ALLAH... ALLAH kekasih hatiku yg utama.
Aku tidak perlu takutkan cabaran yg akan datang... Biarlah ku lupakan cinta drpd insan lain dahulu. Kalau ada jodoh tak ke mana... Dan ku tahu, ALLAH menjanjikan yg terbaik buat hamba-NYA. insha ALLAH... ALLAH sayangkan kita semua. Percayalah... ALLAH menguji kita krn ALLAH sygkan kita... Tidak perlu menyesali dgn apa jua perkara yg kita hadapi di dunia.. Suatu hari nanti, kita pasti akan bahagia krn ALLAH ingin melihat sejauh mana kesabaran dan ketabahan hamba-hamba-NYA. Kasihnya ALLAH kpd kita... Aku terharu dgn apa yg ALLAH beri kpdku. Sehinggakan ALLAH sentiasa mengingatkanku akan kasih sayang-NYA yg utama agar aku tidak hanyut dgn kehidupan di dunia. Ku sayangkan ALLAH. Ku terlalu cintakan ALLAH... Ku telah mendapat kesedaran ini yg begitu berharga buat diriku... Alhamdulillah..
"Menjadi mawar berduri itu lebih baik daripada bunga-bunga tidak berduri yg boleh dipegang bila-bila masa sahaja"
"Muslimah Sejati bukan hanya utk dipermain-mainkan. Bukan hanya utk dijadikan sandaran sementara. Tapi, untuk dijadikan insan yang menjadi contoh kepada semua"
"Ku yakin... adanya cintaku utk seorang yg bergelar lelaki... Biarlah ku mencintai ALLAH terlebih dahulu agar hatiku mendapat ketenangan yg abadi sebelum ku mencintai lelaki. Ku takut syaitan sentiasa menggodaku. imanku masih lagi tipis utk menepis segala bentuk halangan itu. Insha ALLAH... ALLAH akan memberi yg terbaik buatku"
"Sekiranya ada jodoh tak kemana... ALLAH lebih mengetahui..."
Assalammualaiku sahabatku....
ReplyDeletejgn la kau bersedih lgi (la tahzan)...
tetapkanlah hati mu itu..
moga dikau istiqamah dijalan-Nya..
aq mendoakan dari kejauhan..
salam kerinduan,kasih dan sayang kpd mu shbt lillahita'ala... =)
(tlong contact aina, aina dah xtahu nak gna cara apa lgi tuk call o msj hana...)
waalaikumsalam w.b.t.
ReplyDeleteterima kasih, sahabat...
aina jgn risaukan hana. insha ALLAH, hana akan cuba yg terbaik. ALLAH snts di samping hamba2-NYA kan..?
aina nk tahu... betapa hana terlalu rindukan ALLAH skrg ni. hana terlalu byk dosa pd-NYA. layakkah hana menjadi kekasih hati-NYA semula setelah hana abaikan ALLAH..?
salam kasih dan cinta hana pdmu, aina...
krn ALLAH... dikau telah menyedarkanku...
x ku sangka... ALLAH memberikanku hidayah utk kali ketiga sebelum ku hampir2 hanyut ke dunia khayalanku... syukran jazilan...
na'am sahabat, Allah berada sedekat-dekatnya dengan hambanya... sedekat denyutan nadi kita...
ReplyDeleteinshaAllah sahabat, Allah menerima hambanya dan mengasihani hamba yang hadir kepadaNya dengan tangisan taubat mu sahabat ku...
"walaupun hamba-ku datang kepada-Ku dengan setinggi gunung dosa, jika dia hadir dengan bertaubat kepada-Ku, akan Aku ampuni dosa-dosa nya setinggi gunung itu..."
tgk Allah maha pengampun, maha penyanyang dan lgi maha mengasihani.. inshaAllah, daku mendoakan dikau sahabat dari kejauhan...
Allah memberikan hidayah-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan juga sebaliknya..
jangan rasa bersendirian, jgn mendiamkan diri, ada yang ingin membantu mu... (tlong contact aina yer)
salam kasih dan sayang... =)
SubhanALLAH... ALLAH benar2 maha penyayang...
ReplyDeletekini... hana semakin tenang krn snts mengingati-NYA.
hana menangis di hadapan-NYA, seperti hana dapat kekuatan utk hana lupakan cinta manusia. hana pasti... inilah keputusan hana yg sebetulnya. cinta seorang hamba hanya utk Penciptanya sahaja iaitu ALLAH.
insha ALLAH... sekiranya hana da semakin baik dan bertambah tenang, hana akan active kan semula fb & on fone. dan kita boleh berhubung semula. hana perlukan masa utk hana sesuaikan keadaan. sejujurnya hana tdk kuat pd dalaman. hati hana sekarang ini hanya ingin mengingati ALLAH. hana ingin jd kekasih-NYA semula. kerinduan pd-NYA tdk dpt digambarkan dgn kata2. hanya melalui hati ini shj dpt melihatnya...
take u time dear...
ReplyDelete~UNIC-SEBUAH PERTEMUAN~
find it n listen.. =)