Assalamualaikum w.b.t.
Ahlan Wa Sahlan...


srikandi

srikandi

Driku Yang Khilaf...

Ya Allah, aku ingin PERGI JAUH dari dunia ini..jauh dari kesesatan dan keraguan yang terlahir dalam hati, jauh dari PERMAINAN DUNIA ini..yang kadangkala membuatkan diri ini merasa SAKIT dan LETIH, terasa jatuh semula..rebah tidak berdaya, di bibir mengatakan sayang dan CINTA tapi adakah di hati dan perbuatan melahirkan rasa yang SAMA?

Benar MUJAHADAH itu memang payah dan apa yang Allah SUKA amat sukar untuk lakukan..MENGAPA? mungkin diri ini terlalu banyak NODA dan DOSA yang menghuni dan kerana itulah KEKUATAN jarang mendiami hati..ya Allah, jangan pergi jauh dari diriku ini...Amin ya Allah..

Thursday, December 6, 2012

You say : No one loves you
ALLAH say : I love you
 ✾◕ ‿ ◕✾

When you feel all alone & there's no body to count your tears...

Just remember... no matter where you are... ALLAH knows...
(❛⁾︵❛⁾) --- (◕︵◕)

ALLAH... love U very much! (✿◠‿◠)

Thursday, July 19, 2012

"Mengapa saya bertudung labuh?"



Ada banyak kelebihannya:-


1. Bila kita cinta pada Allah, kita akan ikut suruhan Allah. Allah suruh kita patuh tutup aurat bila dah baligh. Jadi, pakai tudung labuh ni menepati saranan Allah. Bukan sahaja dapat tutup aurat, tapi Allah sayang juga.


2. Orang selalu kata, nampak macam panas sahaja pakai tudung labuh-labuh. Berlapis-lapis. Sebenarnya tidak. Bila ditanya pada para pemakai tudung labuh, mereka menjawab langsung tidak panas seperti yang disangkakan. Malahan, terasa nyaman sahaja dan cukup selesa. Mudah dipakai, ringkas, tidak perlu buang banyak masa pusing-pusing macam shawl dan pashmina.


3. Semestinya, bila kita ikut cakap Allah, Allah bagi kita pahala. Bila tutup aurat, dapat pahala tutup aurat. Bila tutup aurat dengan seikhlas hati pula, berlipat ganda pula ganjaran yang Allah bagi. Syurgalah akhirnya bila istiqamah, insyaAllah.


4. Sejuk mata memandang. Qurratu 'A'yun. Sejuk di mata dan di hati. Sekaligus label solehah tu ditampalkan sekali pada mereka yang bertudung labuh sempurna. Tidak hairan bila ada yang sampai labelkan sebagai ustazah. Mereka layak untuk itu. Sebab faham, agama Islam mesti tutup aurat. Faham ilmu agama. Jika dah faham ilmu agama, sampaikanlah. Baru real ustazah.


5. Bila dah tutup aurat, bukan sahaja sejuk di mata kita tapi juga menjaga maksiat mata. Menjaga mata lelaki dari bertambah dosa. Lelaki pun segan nak menatap dan memerhati orang yang mereka anggap solehah. InsyaAllah, lelaki jahat dan miang juga akan menafikan niat jahat mereka itu terhadap anda.


6. Ya. Siapa berani menidakkan kecantikan, keayuan, kejelitaan, kecomelan, kesopanan yang lebih terserlah bila memakai tudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna? Ini bonus tambahan yang kamu dapat bila lakukan yang Allah suruh.


7. Ikut kata al-Quran bererti ikut syariat Allah. Syariat Allah pula ditaati oleh Rasulullah SAW dan perlu dipatuhi oleh seluruh umatnya. Bererti, kita bukan sahaja sudah ikut Allah, tapi ikut sunnah Nabi SAW. Tahniah.


8. Siapa kata hanya telekung solat sahaja boleh digunakan untuk bersolat. Tidak. Pakai tudung labuh, kemudian bahagian-bahagian lain tertutup dengan sempurna auratnya, maka boleh terus guna buat solat. Pastikan pakaian betul-betul suci dan bersih. Pakaian yang bersih tanda akhlak yang cantik.


9. Kita sentiasa mahu orang hormat kita. Tapi jika kita tak hormat diri kita dengan mendedahkan aurat, gedik, tidak jaga maruah, siapa akan hormat kita? Jadi, bertudung labuh ini boleh mendidik diri supaya lebih menghormati diri sendiri. Bila diri sendiri dah dihargai dan dihormati, nescaya orang sekeliling juga akan menghormati diri kita.


10. Seterusnya, menyihatkan badan. Dari segi kesihatan pula, boleh melindungi diri dari sinaran terik cahaya matahari yang boleh merosakkan kulit, menjaga warna kulit, mengelakkan dari debu dan kuman dan sebagainya. Anda lebih arif dari saya dari segi kedoktoran.


11. Malu itu bunga iman. Dengan menutup aurat dan bertudung labuh, bererti kamu masih ada rasa malu terhadap Allah. Malu terhadap diri sendiri, malu terhadap masyarakat sekeliling. Malahan malu dan bimbang Islam dimalukan kerana imej umat Islamnya yang gagal menjaga bab aurat.


12. Secara tak langsung, bertudung labuh dan berakhlak mulia insyaAllah menarik perhatian orang lain untuk mencintai Islam. Menjadi suatu cabang dakwah dengan perbuatan. Besarnya pahala bila niat untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat sekeliling.


13. Mereka yang bertudung labuh, layak dijadikan isteri. Ciri-ciri yang sukar dicari di zaman penuh maksiat sekarang. Satu dalam seribu. Jika dia dah terbuka hati pakai tudung labuh, bererti dia mudah menerima nasihat agama. Orang yang mudah dan rela menerima nasihat agama adalah orang yang terbaik untuk dijadikan isteri.


14. Tanda-tanda dan amaran awal ke arah menjadi orang yang bertaqwa. Taqwa bermaksud takut pada Allah. Dia pakai kerana takutkan Allah, bererti dia sudah punya rasa taqwa dalam diri. Orang-orang bertaqwa disebut acapkali dalam al-Quran sebagai calon ahli Syurga.


15. Bukan nak tunjuk baik. Ya, bila kita pakai dengan ikhlas bermakna kita bukan nak menunjuk-nunjuk. Sebenarnya orang yang pakai tudung labuh ni, kebanyakannya nak berubah untuk jadi lebih baik. Salahkah untuk jadi orang baik? Tidak. Orang yang memperbaiki dirilah yang dinanti-nanti oleh Allah dan Rasulullah di akhirat untuk diberikan ganjaran Raudatul Jannah ( kebun-kebun Syurga ).



Monday, February 27, 2012

Srikandi Terindah Duniawi...


Doaku...
Semoga berjaya menjadi Gadis Mulia,
Semulia diri Maryam...
Semoga berjaya menjadi Wanita Faqihah,
Sebijak minda Aisyah...
Semoga berjaya menjadi Hiasan Indah,
Seanggun akhlak Rabiatul Adawiyah...
Semoga berjaya menjadi Isteri Solehah,
Setulus kasih Khadijah...
Semoga berjaya menjadi Perempuan dan Kekasih Idaman setiap qalbu yang menjadi kecintaan ALLAH yang Esa... 

Srikandi89

Friday, February 17, 2012

Doa yg lahir dari hati...

SubhanALLAH... betapa besarnya keagungan-MU ya RABB. hari ini genaplah diriku berumur 23 tahun pada tahun 2012  ini. syukurku hadrat-MU krn ENGKAU telah memanjangkan umurku sehingga ke hari ini. ya ALLAH... berkatilah juga kehidupan keluarga, saudara-mara, sahabat2, guru2, pensyarah2 dan umat muslimin dan muslimat serta sesiapa yg mengenali diri ini... sebagai manusia, aku syg kpd mereka hanya semata2 krn-MU ya ALLAH...

Cuti semester sebulan ini byk memberi tarbiyyah kpdku. moga hati ini tetap beriman kpd-MU ya ALLAH... jgnlah sekali-kali ENGKAU jauh drpdku.. betapa diriku ini khilaf di sisi-MU.

Alhamdulillah ya ALLAH... ketenangan ini benar2 dirasai apabila snts mengingati-MU. ku cintakan-MU. kekalkanlah perasaan ini utk snts mendpt rahmat dr-MU. moga istiqamah mnjd hamba-MU yg b'taqwa benar2 diredhai-MU.

Zikrullah sbg penguat hati dan diri. ILLAHI...


Monday, February 6, 2012

rindunya kpd Rasulullah...

Suatu hari, Rasulullah bertanya:
"Siapakah hamba Allah yang mulia?"
Sahabat menjawab: "Para Malaikat ya Rasulullah"
Sahabat menjawab: "tentulah para Nabi, merekalah yang mulia"
Rasulullah tersenyum lalu berkata: "Ya, mereka mulia tapi ada yang lebih mulia"
Para sahabat terdiam lalu berkata: "Adakah kami yang mulia itu ya Rasulullah?"
Rasulullah berkata: "Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, tetapi bukan kalian yang aku maksudkan....

Rasulullah menundukkan wajahnya, baginda menitiskan air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya lalu bkata:
"Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah dan tahukah kalian, mereka tak pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti
kalian tetapi mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku, bahawa AKU SANGAT
RINDU PADA MEREKA, MEREKALAH UMATKU !

KAMI MENYAYANGIMU DAN MERINDUIMU YA RASULULLAH, NABI MUHAMMAD S.A.W KEKASIH ALLAH S.W.T

SALAM MAULIDUR RASUL...

Sunday, February 5, 2012

aiman birthday-9 tahun

skjp jer rasenyer sambut bezday anak buah aku yg 9 tahun. mlm neh br la rase sengal2 kt badan. letih la gak sbb tlg kak long kan. tp, enjoy beb! meriah suasana mlm td. haha... dgn permainan pop2 n kotak beracun utk budak2. kendalikan kotak beracun ngan photographer mmg kelam kabut la aku jd nyer. tp, x per.. demi kak long aku... sanggup jer. hehe...

hmm... best gak layan budak2 neh. t'ingat la plak zaman kanak2 waktu dlu. tp, budak2 zaman skang neh lg hebat n b'tuah kowt. dorg neh dilayan baik2 tao. hahaha.. x kesah la. janji aku pun happy tgk dorg ngan riang nya maen 'kotak magic' tuh. huhu...


cute2 jer tgk budak2 neh. :)

Thursday, February 2, 2012

SEMANGAT CINTA

Bila RESAH menghimpit diri,
ucapkanlah zikir pada ya Illahi Rabbi..
Saat AIRMATA menitis membasahi pipi,
maka kuatkanlah azam di dalam diri.
Andai diri rapuh untuk berdiri,
bisikkan kata SEMANGAT buat hati..
Jadikan SENYUMAN itu penawar terindah bagi dirimu,
Dan sandarkan CHENTAMU pada Tuhan yang satu..
InsyaAllah,Ameen ya Allah..


Thursday, January 19, 2012

kesyahduan...

aku semakin keliru.. kekeliruan semakin menjd2 sehinggakan aku seringkali t'menung memikirkan keadaan diriku. aku perlukan kekuatan utk menghadapi sgl cubaan yg akan dtg...

kadangkala kita duduk b'sendirian sambil t'menung adalah lebih baik utk kita muhasabahkan diri kita yg byk kekurgn sbg hamba-NYA yg khilaf.

tika ini... ku rindukan kasih abah. ku rindukan belaian ibu. hati ini kadangkala t'tanya2 mengapa ALLAH mengambil nyawa mereka sblm aku berubah menjd anak yg lbh baik? mengapa??? hanya ALLAH shj tmpt ku mengadu.

dan skrg.. aku sedar ksh syg drpd ayah ibu sbg pencetus semangat seorg anak itu utk berjaya. dgn sekelip mata shj, aku kehilangan kedua-duanya.

umur yg semakin meningkat ini lbh mematangkan diriku. menjdkan diriku lbh dewasa. mmg aku punyai sgl2nya... kakak dan abang yg sygkan aku. saudara yg snts memberi perhatian ke atas diriku. shbt2 yg sudi b'kongsi sgl kisah suka dan duka dgnku. rezeki utkku meneruskan pembelajaranku. semuanya aku dpt. tp... cinta! ya CINTA dr insan yg boleh menerima diriku seadanya. wlupun cinta itu telah hadir... tp, ku msh ragu2. cinta sejatiku hanya ALLAH yg mengetahui...

cintalah yg memberi ketakutan kpdku. aku tdk mahu b'sedih lg hanya disbbkan CINTA. adakah aku tdk layak utk b'cinta ya ALLAH? berilah ku petunjuk....

aku hanya b'serah ttg jodoh. skrnya aku memikirkan prkr ini... aku berasa pening. lebih baik aku tdk memikirkan lagi. mgkn aku inginkan rehat yg secukupnya utk aku tdk b'serabut ditmbh dgn mslh2 yg lain. aku jg seorg yg t'tekan. aku takut aku tdk dpt mengawalnya, ianya lbh b'mslh. diam adlh jalan yg t'baik aku rasakan...

ya ALLAH... tenangkanlah hatiku ini agar aku snts di dlm rahmat-MU...

Thursday, January 12, 2012

Rindu pada-MU...

di pagi subuh yg terasa syahdu...
mendengar alunan nasyid 'mawaddah-aku hamba' terasa diri ini terlalu kerdil dan hina di hadapan-NYA.
mudah shj air mata ini mengalir... aku rindu ALLAH tika ini.
maafkan daku ya ALLAH di atas sgl dosa2ku...


ya ALLAH, jgn tgglkan daku. pimpinlah hamba-MU ke jalan yg diredhai-MU...