Posts

Showing posts from August, 2011

mimpi yg indah.. teramat indah! (rabu mlm khamis-tgh mlm) 17 Ogos 2011

Image
terasa ingin menaip sesuatu di sini. x salahkan klu saya b'kongsi dgn semua sahabat yg sudi membaca blog saya ni. saya ada sesuatu nak dikongsikan b'kaitan mimpi saya. kalau boleh, saya nk mimpi perkara tu lagi. terlalu indah sangat2! dalam seumur hidup saya, x pernah saya mimpi perkara yang indah itu. saya ternampak sesuatu yg indah di langit pada waktu tengah malam. betapa saya teruja.  sewaktu saya terlihat setiap nama 'ALLAH' di langit itu, tidak jemu2 saya berzikir memuji kebesaran Pencipta alam. SubhanALLAH! dalam mimpi tu bagaikan saya menemui malam Lailatulqadar. Berseri2 bulan dan berkelipan bintang menunjukkan cahaya yang bersinar. kalimah ALLAH bertukar ganti dengan nama Muhammad s.a.w. Setiap kalimah ALLAH bercahaya dan bertukar warna yang amat cantik apabila kita melihatnya.  di setiap sudut kiri, kanan, hadapan, belakang x kira di sudut mana2 pun di sekeliling saya, terbentang kalimah ALLAH dgn cahaya yang bergemerlapan. pelbagai corak dan warna membuatk

Indahnya Malam Lailatul Qadar

Image
Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa. Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan. Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21. Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ul

Kisah Pemuda Yang Tubuhnya Seharum Kasturi

Image
Kisah ini terjadi di tanah Syam. Kisah yang banyak disebut dari mulut ke mulut sampai abad ini. Ini adalah kisah ketakwaan seorang pemuda. Seorang pemuda yang bekerja sebagai penjual kain keliling. Ia berkeliling dari satu daerah ke daerah. Dari satu kawasan ke kawasan lain. Dari lorong ke lorong. Dari rumah ke rumah. Ia berkeliling sambil memanggul kain dagangannya. Akhirnya masyarakat mengenalinya sebagai Si Penjual Kain Keliling. Diantara kelebihan pemuda ini adalah bentuk tubuhnya yang gagah. Kulitnya yang putih. Wajahnya yang mempesona. Dan keramahannya yang luar biasa. Sehingga siapapun yang melihatnya akan terpesona kerananya. Itulah kurnia Allah yang dianugerahkan kepadanya. Suatu hari, ketika dia sedang berkeliling menjajakan dagangannya, tiba-tiba ada seorang wanita memanggilnya. Dia pun segera menghampiri. Wanita ini menyuruhnya masuk ke dalam rumah. Rumah itu sangat mewah. Agaknya wanita itu termasuk golongan bangsawan. Apabila si pemuda masuk ke dalam rumah, wanita itu