Motivasi Diri

Oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


Jangan Ada Benci Di Hati


Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya. Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.


Kaedah Mengikis Benci


Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka,memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempattidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita denganmemaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman
secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan  fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.


Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan
Dalam  Pergaulan


Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi
dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada
kita  ialah:


1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan
    umum yang lain.


2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang
   (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).


3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada
    orang di sekeliling kita.


4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang,
    senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea,  
    pandangan,sokongan moral dan doa yang berterusan.


5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w.
    pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum
    kita memarahi orang.


6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang
   lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi
   dengan kita.


7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang
    -menyayangi antara satu dengan yang lain.


8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap
    masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan
    orang lain rasa mual terhadap kita.


9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan
    insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.


10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau
    benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri
    kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke
    pangkal jalan apabila mengingati mati.


11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah
    swt.


12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada
    orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan
    hubungan sesama manusia.


13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu
    yang memerlukan simpati dan perhatian.


14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.


15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan
    sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.


16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah
    dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.


Terlebih Dahulu Baiki Diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya

Comments

Popular posts from this blog

KELAS MENGAJI TAHUN 2017 DI KAMPUNG MELAYU SUBANG SHAH ALAM

KELAS MENGAJI AL-QUR'AN & IQRA'