Posts

Showing posts from January, 2011

HADIAH MALAM JUMAAT

Image
Hadiah Malam Jumaat (Pengalaman Salih Al Mazi) Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke Masjid Jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengatn ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih. Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam it

Perasaan atau Mainan Syaitan??? Masha ALLAH...

Ya ALLAH... Buangkanlah perasaan ini jauh2. amat berbahaya utkku. berilah kekuatan utk aku dpt menjalani kehidupan ini dgn lebih berhikmah. lupakan segala2 yg boleh membuatku alpa. Fisabilillah hanya krn-MU ya RABB. aku hanya ingin membuat semua orang bahagia dan gembira. itu sahaja. tiada niat lain. walaupun, sesiapa sahaja yg mengenali diriku ini. aku tdk berdaya ya ALLAH. adakah ENGKAU sengaja mengujiku dgn sedemikian ini..? lupakan kisah lalu. mulakan kehidupan yg baru. jgnlah ianya berulang lg. krn aku juga insan yg tdk sempurna di sisi-MU. hati ini sedang dirawat dgn ayat-ayat suci dr kalam-MU ya ALLAH. walaupun, parut luka itu masih ada, tetapi, aku cuba utk merawatnya supaya ianya kembali spt sediakala. tiada dendam dan tiada kecewa. aku juga yg bersalah sewaktu dahulu. tdk semestinya apa yg kita impikan itu menjadi milik kita. hati dan perasaan tdk boleh dipaksa. mampukah aku utk menghadapinya supaya aku dpt melupakan kenangan lalu? mmg betullah kata orang, 'cinta pertama

DAKWAH DAN CINTA

Image
Bagaimana kita mahu menasihatkan mad’u (ahli usrah) kita yang bercinta?” Satu soalan diberikan kepada ahli panel forum. Saya hanya duduk di belakang dewan memerhatikan sahaja gelagat si penyoal. “ Ada seorang rakan yang saya kenal di kampus. Aktif dalam gerakan dakwah tetapi dalam masa yang sama dia juga bercinta dengan seorang perempuan. Cuma selalunya hanya berjumpa apabila ada meeting, atau pun chatting di Yahoo Messenger dan sms…” Seorang lagi peserta bangun bercerita pengalamannya pula. Juga tentang cinta. Masa remaja tentunya masa yang penuh dengan gelora perasaan kerana ia merupakan transisi menuju dewasa. Tidak kiralah mereka itu aktivis dakwah atau pun tidak kerana perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu adalah fitrah. Tumbuh secara semula jadi dalam diri. Semua manusia pasti ada perasaan tersebut. Mulanya hanya berjumpa sewaktu meeting, bekerjasama dalam program dakwah dan tarbiyah dan kemudian mulalah kerap sms bertanya khabar. Lawan Vs Kawal “Kamu perlu lawan

Lembaran Hidup Wanita Solehah

Image
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?  Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah  Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah  Penawar hati kekasih Allah  Susah dan senang rela bersama...  Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak  Pendorong kesusahan dan penderitaan  Tiada sukar untuk dilaksanakan... Mengalir air mataku  Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah  Akur dalam setiap perintah  Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang  Tiada memiliki harta dunia  Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...  Ketika aku marah  Inginku intip serpihan sabar  Dari catatan hidup Siti Sarah....  Tabah jiwaku  Setabah umi Nabi Ismail  Mengendong bayinya yang masih merah  Mencari air penghilang dahaga  Di terik padang pasir merak  Ditinggalkan suami akur tanpa bantah  Pengharapannya hanya pada Allah  Itulah wanita Siti Hajar....  Mampukah aku menjadi wanita solehah?  Mati dalam keunggulan iman  Bersinar indah, harum tersebar  Bagai wanginya p
Image
Kerana aku seorang perempuan…. Kerana aku perempuan, Ibarat sekuntum bunga, Indah dipandangan mata, Bila iman mekar dihati. Kerana aku perempuan, Ibarat sekuntum bunga, Harum semerbak wangi Bila akhlak hiasi diri, Kerana aku perempuan, Ibarat sekuntum bunga, Idaman sejuta kumbang, Tunduk bukanlah layu, Hanya kerana menjaga malu, Kerana aku perempuan, Ibarat sekuntum bunga, Biar mekar sepanjang zaman, Biar mewangi seluruh alam, Kerana harummu, Kerana mekarmu, Hanya di atas tangkai-Nya..

CINTA SEJATI

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.  Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."  Mendengar kata T

Novel RAYYAN FANTASI "Apa yang terfikir itu ada".

Image
Alhamdulillah... selesai sudah bc novel yg membawa ana ke alam fantasi. selepas ana bc novel ini, seperti ana berada di planet yg jauh dari bumi. hehe...  bacalah novel ini. rugi tau klu x baca. thriller sungguh!Semua novel Ramlee Awang Murshid 'best2' belaka. inilah novel pertama yg dia cipta membawa kita berada dlm fantasi. jalan cerita yg menarik! thanks RAM.~~ Sinopsis di sebalik cerita 'RAYYAN FANTASI' RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian. Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunu