Yang dikatakan Pakaian Taqwa...

Wanita solehah adalah wanita yang menutup aurat ketika berpakaian, kerana ramai dikalangan wanita zaman ini mereka berpakaian tetapi telanjang, maksudnya pakaian mereka hanya menutup bahagian-bahagian tertentu sahaja. Kalaupun menutup semuanya tetapi bentuk tubuhnya nampak dengan jelas (jarang atau ketat). 

Firman Allah SWT maksudnya: "Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat". (Al A'raf ayat 26)     

Jilbab adalah fesyen pakaian yang dapat menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita disebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab juga tidak menampakkan bentuk badan. Allah memerintahkan pakaian demikian supaya dapat membezakan mana wanita beriman dan wanita yang tidak beriman serta terhindar daripada gangguan orang-orang munafik. 

Firman Allah SWT maksudnya: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, "hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Al Ahzab ayat 59)     

Dengan tegas ayat Al Quran memerintahkan kepada wanita yang beriman agar memakai jilbab demi untuk meninggikan martabat kaum wanita itu sendiri, sebab dengan pakaian taqwa tersebut akan menghinarkan fitnah dan gangguan daripada orang-orang yang jahat dan munafik. Sedangkan memakai purdah dibolehkan jika kita khuatir akan menimbulkan fitnah demi menjaga diri dan akhlak kita. 

Comments

Popular posts from this blog

KELAS MENGAJI AL-QUR'AN & IQRA'

KELAS MENGAJI TAHUN 2017 DI KAMPUNG MELAYU SUBANG SHAH ALAM

~Cinta Si Budak Agama : Naim~