Muhasabah Diri... dalam kesabaran terselit syurga ALLAH.

perjalanan beribu batu memberikan sebuah makna yang amat mendalam buat diriku. 
perjalanan yang diibaratkan 'kembara' ini mengungkapkan pelbagai corak kehidupan menjadikan aku semakin dapat menerima takdir ketentuan dari ILLAHI.

sewaktu saya saja2 melihat document mutiara kata dalam external saya ini, terus saya ingin kongsi bersama sahabat mutiara kata di bawah ini. kata-kata yang memberi seribu pengertian buat saya. 

Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi.


memang benarlah setiap suatu ujian yang menimpa kita, bererti ALLAH amat sayangkan kita. saya ada terbaca satu blog sahabat facebook saya yang pangkat kakak daripada saya. daripada ciri2 perwatakan dia, dia merupakan seorang wanita yang solehah bertudung labuh dan menutup aurat. dia seorang yang cekal hatinya walaupun ujian datang bertubi2 dalam hidup dia melalui penceritaan dalam blog tersebut. walaupun dia tidak menceritakan terlalu banyak tentang kisah hidup dia, namun saya akui dia adalah seorang calon wanita solehah yang patut saya contohi. kenapa saya katakan dia seorang yang cekal dan tabah? kerana dia telah berkahwin pada usia yang muda sedangkan dia sedang menyambungkan pengajian. dan alhamdulillah, dia sudah pun menghabiskan pengajian dalam peringkat phd. saya juga benar2 terkejut bila dia menceritakan selama 6 tahun lebih dia tinggal berasingan dengan suaminya. hanya kadang2 mereka dapat berjumpa. cuba sahabat2 hayati, mampukah sahabat utk berpisah dgn suami selama bertahun2 lamanya? sanggupkah hanya kerana untuk meneruskan pengajian? 
masha ALLAH... betapa kuatnya perjuangan dia untuk menjadi seorang dai'e. dan saya terkesima apabila membaca blog dia. rupa2nya dalam sibuk dia menghadapi perjuangannya menuntut ilmu, dia sebenarnya sakit. saya tidak tahu penyakit tersebut. lagipun dia tidak menceritakan penyakit apa yang dia hidapi. dalam blog tersebut, dia ada menceritakan pernah dia berasa lemah dan b'putus asa untuk meneruskan perjuangan pembelajaran dalam phd. namun, sahabat2 di sisi dia dan pelajar2 dia telah membangkitkan semangat untuk dia terus mara dalam memperjuangkan menuntut ilmu. ilmu yg dipelajari bukan calang2 ilmunya,al-Qur'an dan al-Sunnah. Moga ALLAH snts memberkati kehidupan kekasih ALLAH ini. 
cuba sahabat2 baca dan dalami kata2 dalam blog dia. amat menusuk kalbu dan terasa rindunya kita pada Pencipta kita... 

Tatkala memikirkan tentang lambakan kerja itu
Memikirkan tentang orang-orang yang menikam kita dari belakang
Menganiaya kita, mengutuk kita, menghina kita dan menyisihkan kita
Memikirkan tentang orang-orang yang terguris dek kesibukan kita
Memikirkan tentang diri sendiri yang terabai...

Sakit dada kita menahan semua itu
Sesak lagi jiwa kita menahan sendu
Lalu kita duduk sendirian
Seorang diri tanpa teman di sisi
pasti,
ada air jernih mengalir di pipi

Ia mengalir deras
malah mungkin kalah derasnya air di kali….

Akhirnya kita akur bahawa kita lemah
Kita perlukan Allah s.w.t untuk menguatkan kita
Lalu kita perlu terus-terusan berbicara (mengadu) kepada Nya
pada bicara itu tentu ada sendu
meluahkan segala yang terbuku di kalbu
walau Dia maha tahu
tapi kita tak pernah jemu
terus ingin berbicara dan mengadu
kerana kita sendiri pasti
pujukan-Nya selalu indah sekali.

Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Tidaklah seorang Muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanaan sehingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dari kesalahan-kesalahannya" (H.R al-Bukhari)

Read more: Bicara Kasih Umairah-sh: Walau DIA Maha Tahu tapi Kita Tak Pernah Jemu http://umairah-sh.blogspot.com/2010/10/walau-dia-maha-tahu-tapi-kita-tak.html#ixzz1T0Em3ubM

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Az-Zumar: 10)
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan)…” (Ali-Imran: 200)
Ya ALLAH... adakalanya aku tidak bersyukur dengan segala kurniaanmu... betapa aku berdosa. Ampunilah hamba-MU yang lemah ini. kuatkanlah hatiku ini dalam menempuh segala ujian-MU ya RABB... kini aku amat ketahui... ada insan yang lebih berat ujian daripadaku. ada insan lain yang lebih susah kehidupannya berbanding diriku... Berilah ku cahaya suci cinta-MU dalam melayari bahtera kehidupan yang banyak duri ranjaunya, amiinn ya ALLAH...  


Comments

Popular posts from this blog

KELAS MENGAJI AL-QUR'AN & IQRA'

KELAS MENGAJI TAHUN 2017 DI KAMPUNG MELAYU SUBANG SHAH ALAM

~Cinta Si Budak Agama : Naim~