Posts

Showing posts from 2010

Dendro oh Dendrology...

Image
ni lah subjek yg paling killer prnh ana blaja mase sem 1 di upm. tp, skrg... alhamdulillah. dah berakhir sudah. nsb baiklah subjek ni lulus walaupun pd mulanya mcm x sure je boleh lulus. berkat kesabaran, ketabahan, sokongan keluarga dan pertolongan kwn-kwn yg menjadikan ana ada semangat utk meneruskan pembelajaran. mmg da give u p pd mulanya masa wat amali dendro ke Gunung Jerai, Kedah. smpi ada kuiz pula mlm tu. kene la memerah otak hafal spesies pokok, mcm-mcm nk kenal pokok melalui daun smpi lah ke akar umbinya, nama saintifik agy smpi b'belit-belit lidah nk menyebutnya. walarh... penat nyer hanya mampu diluahkan dlm hati sajer. da mcm org asli da ana kt sana. apa-apa pun, semua tu mengajar ana utk bertahan dari segi mental dan fizikal. mana tau, lepas ni kena masuk hutan lg. hehe... Buku yg mcm kamus tebal ni lah kene hafal mcm2 jenis pokok. 'Malayan Forest Record' . Mmg x daya la nk menghafal kesemuanya. dan skrg, azab dendro da lps. syukur ya ALLAH.  -Time to Stu

SUBHANALLAH...

Image
gmbr pemandangan ni ana ambil dr profile fb akak senior poli ana.  sungguh indah kan ciptaan ILLAHI... ana teringin utk ambil gmbr waktu matahari terbenam. tp, x b'kesempatan. alhamdulillah, ini lah gmbr pemandangan yg ana suka melihatnya. buat hati sesiapa shj berasa tenang.

Nadiku berkata...

-tahun 2011 akan menjelma tdk lama lg... apa azam kalian? moga, dgn kemunculan tahun 2011 ini, kita dpt mengamalkan sikap amar ma'ruf nahi munkar. dan moga kehidupan kita lebih diberkati oleh-NYA. insha ALLAH. -Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ILLAHI krn telah memberi kesihatan yg secukupnya kpd ana setelah 2 hari deman. salah ana juga krn baru-baru ini ana bercakap besar "sudah lama tidak demam. rasa mcm nk demam pulak." itulah ayat-ayat ana semasa ana sihat. skrg, ALLAH dah bagi cash kt ana. Kun fayakun dr ALLAH, maka ianya terjadilah. Masha ALLAH... betapa peritnya demam hari tu. sejuk bagaikan berada di luar negara. kepala pula seperti mencucuk-cucuk rasanya. peningnya hanya ALLAH shj yg tahu. skrg ni, br dpt kesedaran. moga ALLAH ampunilah segala2nya. -Agak lama juga ana tdk update blog. mgkn, ada juga yg buka blog ana, tp rasa hampa sbb ana x update2 lg. hehe... maaf byk2 yer.. -x lama lg nk mula study. selama sebulan lebih cuti sem. skrg, kena kuatkan semangat. s

Hati yang sentiasa dambakan kasih sayang

sudah lama juga ana tdk update blog ana ni.

CERITA DI SEBALIK ZINA HATI

Image
  "Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik ya~… -Amin, UK-" Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun. Aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah lah pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku. Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan …. Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung sama ada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga

Batas aurat lelaki dan wanita

Image
SOALAN: Saya ingin tahu batas-batas aurat lelaki dan wanita ketika berada di hadapan umum. Bagaimanakah aurat wanita Islam ketika bersama-sama wanita bukan Islam dan ketika berada di hadapan lelaki yang mahram dan bukan mahram? Saya begitu keliru kerana ada berbagai-bagai corak dan bentuk pakaian wanita Islam pada hari ini. Antara mereka ada yang memakai tudung kepala, tetapi masih memakai kemeja-T dan seluar jeans. Harap tuan nyatakan juga yang mana satu pakaian Islam yang memenuhi ciri-ciri Islam sebenarnya.  Jawapan: Islam tidak pernah menentukan fesyen atau bentuk pakaian yang diberi nama pakaian Islam. Islam menerima semua fesyen dan reka bentuk pakaian asalkan pakaian itu menutup aurat dengan sempurna dan tidak membangkitkan nafsu seks sama ada lelaki atau wanita. Saya pernah menyebutkan dalam siri tulisan saya terdahulu dalam ruangan ini, pakaian Melayu seperti kebaya labuh, baju kurung, sarung dan seluar besar boleh diterima sebagai pakaian yang memenuhi keperluan menutu

Perlu tahu, Tapi Jangan Tuju

NERAKA.  Bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu. Manakala penjaganya adalah malaikat yang gagah perkasa lagi bengis. Apinya sangat panas berjuta kali ganda berbanding kepanasan api di dunia ini. Jika api itu jatuh ke bumi walaupun sebesar hama, nescaya hancur lebur dunia ini. Itulah gambaran kepanasan api neraka. Semua ini telah dinukilkan oleh Allah SWT di dalam kitab-NYA al-Quran Surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : “Wahai orang beriman jagalah dirimu, keluargamu daripada api neraka. Bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Sedangkan penjaganya adalah malaikat yang gagah lagi bengis. Mereka tidak menderhaka Allah, mereka melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya.” Di neraka, Allah SWT menciptakannya khusus bagi orang kafir dan termasuklah golongan yang ingkar suruhan dan perintah Allah SWT. Mereka diseksa dan dibakar di dalamnya. Amat mengerunkan. Takut. Amat menakutkan. Neraka sebenarnya berasal daripada perkataan “Ibrani” bermaksud “unggun api” di mana menjadi

Adakah Wanita Penghuni Terbanyak di Neraka?

Disebutkan dalam hadis sahih bahwa Rasulullah bersabda untuk para wanita: "Sesungguhnya aku melihat kalian sebagai penghuni neraka terbanyak." (Hr. Bukhari dan Muslim). Dalam hadis lain Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit jumlahnya adalah kaum wanita." (Hr. Bukhari dan Muslim). Dan bersama itu, terdapat pula hadis sahih yang lain bahwa bagi setiap laki-laki penghuni dunia ini akan mempunyai dua isteri (di surga) (Hr. Bukhari dan Muslim) yakni dari penghuni dunia. Dalam masalah di atas, para ulama berbeda pendapat dalam menggabungkan hadis-hadis di atas yaitu apakah wanita merupakan kebanyakan penghuni surga atau penghuni neraka ? Sebagian ulama berkata: "bahwa wanita adalah kebanyakan penghuni surga dan juga kebanyakan penghuni neraka, karena memang jumlah mereka banyak. Qadhi 'Iyadl berkata: "Wanita adalah anak cucu Adam yang terbanyak."(Tharh Tatsrib, 4/270) Sebagian ulama yang lain berkata: "Wanita a

Alahai Kucing...

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu. Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam. Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya. Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah rancangan jahat Budin. Pucuk dicita ulam mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi, Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disu

CINTA

Image
Apakah itu cinta?   ......Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada  yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.   Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada  yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka  mendambakan.. cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insansebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.   Sifat Cinta         Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta. Untuk mengetahui dengan lebih dekat,kita perlulah tahu sifat- sifat cinta ;   Cinta Wujud Sejak Dilahirkan Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari