Kadangkala hidup ini tidak selalunya indah... Namun ku berdoa ke hadrat ILLAHI... Moga aku memperolehi peluang kehidupan ini... di isi dengan warna-warna ceria. Insha ALLAH... Ku rindu ALLAH... Ya ALLAH... Aku ingin mendapatkan cinta-MU semula. Betapa aku berdosa selama ini. Aku tercari-cari hala tujuku sendiri. Aku buntu sebelum ini. Ku berdosa kpd-MU ya ALLAH... Aku tidak mendapat ketenangan itu lagi. Aku semakin jauh dengan-MU. Disebabkan cinta manusia, ku terleka. Ku asyik dgn kehidupanku yg penuh dgn fitnah dan kealpaan. Ku tahu cinta itu fitrah. Namun ku akui... aku tidak mampu utk menanggung cintaku terhadap insan yg belum tentu lagi menjadi milikku. Hanya ENGKAU mengetahui segala-segala perjalanan hidup hamba-MU. Cintaku hanya untuk-MU ya RABB... Aku ingin melabuhkan cintaku untuk-MU sebelum aku mendapatkan cinta drpd insan lain. Ketika dahulu... ku amat tenang dengan cinta dan kasih sayang-MU tanpa ada cinta manusia. Ku snts bermunajat kpd-MU agar cintaku untuk-MU meninggi ta...
Kelas mengaji qira'ati & al-Qur'an akan bermula pada awal bulan ogos ini. Insha ALLAH, kelas akan bermula pd bulan Ogos. 2 kali seminggu. Hari: Selasa & Khamis Masa: 8.30 malam Tempat: Lot 2798E, Seksyen U6, Kg. Melayu Subang, Shah Alam, Selangor. ☆Fokus untuk murid 5 hingga 12 tahun sahaja. ☆Murid 12 tahun ke atas hanya untuk muslimat sahaja. Boleh berhubung melalui no. talian Hana: 018-3679433 Razlee: 013-3223045 Syukran jazilan.
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Penyayang... ku bersyukur dgn segala nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku. Hana tak sangka sangat. Hana dapat log in semula blogger hana. Menitis air mata hana bila dapat log in. Terharu rasanya. Terpapar segala luahan dan penceritaan hana sehingga tahun 2017 di dalm blog ni. Sekarang ni dah tahun 2023. Usia Hana dah 34 tahun. Masha ALLAH. Sebab apa hana terasa sebak sangat... sebab dari sinilah hana belajar mengarang dan blogger inilah teman hati hana sewaktu hana dilanda kesedihan. Sekarang ini hampir 7 tahun jgk hana tak menaip dalam blogger hana. tak tahu nak gambarkan perasaan ini betapa rasa bahagianya hana. insha ALLAH hana akan update tentang kisah hana untuk tatapan semua. Mungkin hana boleh menyebarkan dakwah kepada sesiapa yang membaca blog hana. Terlalu banyak kisah suka dan duka yang hana hadapi selama ini. Tapi, sabarkan hati kerana ALLAH akan sentiasa di sisi selagi mana kita sentiasa mengingati-NYA. Mudah-m...
Comments
Post a Comment