Salam Ukhuwah

Untuk hari ini...
tiada apa2 info yg boleh ana kongsi dengan semua sahabat.
Entahlah... ana rasa tak sihat badan, sakit tekak. rasa mcm nk demam. tp, tak apa.
Esok pagi, baiklah tu. insha ALLAH.
apa2 pun, ana cuba yg t'baik untuk sahabat2 semua dpt menimba ilmu di blog ana ini. 
insha ALLAH.. esok, hana akan post apa jua b'kaitan ilmu yg kita boleh kongsi bersama.

ana ada post 1 puisi b'tajuk "kekosongan"
ana hrp, sahabat2 semua dpt muhasabahkan diri utk kita kembali semula kpd Pencipta kita yg sebenar.
scr tiba2, ana dpt idea utk tulis puisi yg tdk seberapa ini.
puisi rekaan sndr. tp, belum nak mahir lagi. 
perkataan 'aku' bukan ditujukan utk ana seorg shj.
tp, utk kita dan saudara seIslam kita juga.

sahabat sekalian...
manfaatkan masa dengan sebaik yang mungkin.
walaupun terlalu sibuknya kita dlm membuat kerja seharian,
jangan kita terlalu jauh dari yg maha ESA.
ana sudah lalui betapa gundahnya jiwa ana ini bila kita jauh dari-NYA.
ana sudah mengalaminya, sahabat.
ana tidak mahu sahabat2 yang ana sayang turut merasai apa yg ana rasai.
apabila dekatnya kita pd ALLAH, kita akan mendapat sinar yg snts menerangi kehidupan kita.
percayalah. sinar ketenangan yg membuatkan diri kita akan snts tersenyum. amat sukar utk digambarkan melalui kata2...

Ana ingin hadiahkan 2 rangkap lagu, tajuknya Damba Kasih drpd kump nasyid In-Team.
teristimewa buatmu, sahabat.
moga dirimu sahabat, dpt memahami sgl mksd bg lirik lagu tersebut.

Semakin jauh ku dari-Mu 
Semakin dekat pula KAU menghampiri daku.
Oh Tuhan,Yang Maha Pengasih,
Siapalah diriku di pandangan-Mu...

Semakin cuba ku dekati,
Semakin kuat pula Kau mendugai aku,
Oh Tuhan, Yang Maha Sempurna,
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu...

ALLAH jua tempat kita mengadu masalah diri.
ALLAH jualah cinta hakiki dan kekal abadi.

Jangan dikau bersedih dan berputus asa apabila ALLAH sedang mendugamu.
Bersabarlah dan berdoa pada-NYA.
Setiap masalah, ada jalan penyelesaiannya.
Ada apa dikurniakan akal kepada kita selain untuk kita mengagumi di atas Zat-NYA?
Kasih kan ALLAH kepada kita...?
Tetapi, terlalu sedikit kita bersyukur di atas nikmat-NYA.
Masha ALLAH... 
Ucaplah Alhamdulillah... 
Sayang-NYA ALLAH kepada hamba-hamba-NYA.
'Syumul' kejadian hidup kita.
Terlalu 'syumul' (sempurna).

'You are the best ummah.' (Ali Imran:110)
Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi ALLAH adalah orang yang paling bertaqwa.'(Al-Hujurat:13)






Comments

Popular posts from this blog

KELAS MENGAJI TAHUN 2017 DI KAMPUNG MELAYU SUBANG SHAH ALAM

KELAS MENGAJI AL-QUR'AN & IQRA'