Salam Sayang daripada Ana untuk Akhowat sekalian. Alhamdulillah...

Syukur di atas segala rahmat-NYA kerana pada hari ini kita masih lagi diberi kesihatan oleh ALLAH s.w.t. Ana bangun pada pagi ini seperti ada suatu kelainan dalam diri ana. kesegaran, ketenangan, kedamaian dan cintanya ana pd Maha Pencipta menggunung tinggi. Tidak pernah lagi ana merasa perasaan sedemikian begini. Syukur di atas segala rahmat-NYA. Ana doakan moga diri akhowat sekalian semua akan merasai perasaan mendalam yang tidak boleh diungkapkan melalui kata-kata. Perasaan dekatnya kita pd ILLAHI.


Pada hari ini, ana ingin berkongsi dengan antum sekalian sejarah hidup ana sebelum ana merasai nikmat ketenangan seperti sekarang ini. Ana juga seorang insan yang masih lagi banyak kekurangan. Diri ana tidak sempurna. Ana pernah terfikir, layakkah ana untuk menjadi 'wanita solehah' sedangkan diri ini masih kurangnya iman di dada. Sewaktu dahulu ana pernah jahil tentang Islam. Terlalu jauh sangat-sangat dengan-NYA.


Sehinggakan bila ana teringat kembali diri ana pada waktu dahulu, serta merta air mata akan berlinangan. sikap 'keras kepala' yang tidak pernah mendengar nasihat itulah yang menjadikan diri ana ketandusan cinta ILLAHI. Kehidupan sentiasa dibelenggu dengan pelbagai masalah. sehinggakan ana sedih kerana tidak ditawarkan belajar di IPTA selepas ana mendapat keputusan SPM. Keputusan SPM ana tersangat-sangat teruk sehinggakan ana seperti sudah berputus asa di dalam hidup ana sendiri. Siapa lagi yang boleh membantu ana ketika itu? Tiada sesiapa. Ana bersedih mengenangkan nasib diri.


Namun, ALLAH jualah yang mengembalikan semangat ana untuk berjaya. Ana pun tidak sangka, yang ana ditawarkan belajar di Politeknik Shah Alam (Diploma). Berdekatan dengan rumah ana. Ana ingat lagi, ana digelarkan pelajar 'second intake' waktu tu. Ana pun tak lalui program 'Minggu Suai Kenal'. Pelajar-pelajar yang lain semuanya sudah belajar selama seminggu. Memang waktu tu agak berdebar-debar dan risau sebab kena 'ketch up' pelajaran yang tertinggal sebelum ini.


Dari situlah, ana belajar banyak ilmu lebih-lebih lagi berkaitan ilmu agama Islam yang banyak mendorong ana berubah ke arah kebaikan. Rakan-rakan seperjuangan yang bermujahidah ke jalan ALLAH ini lah yang sentiasa memberi dakwah tarbiah serta tidak jemu dengan melaksanakan usrah dalam mendekatkan diri ana pada yang Maha ESA sehinggalah waktu ana di semester kedua, ALLAH telah bukakan hati ana untuk berubah daripada segi pemakaian 'muslimah' yang berkonsepkan Islam yang sebenar-benarnya. Sikap ana yang terlalu cepat marah ini pula semakin berkurangan. Ana seolah-olah sentiasa berasa bahagia dengan diri ana. Senyuman tidak lekang meniti di bibir walaupun ada juga masalah berkaitan pelajaran yang melanda diri ana tika itu. Subhanallah. Betapa agung-NYA cinta-MU kepadaku. Walaupun hambu-MU ini terlalu banyak dosa yang tidak terhitung, namun ENGKAU masih menyayangi diriku ini. Hidayah itu akan aku gunakan sebaik-baiknya ya Rabb. Janjiku pada-MU. Alhamdulillah...


Walaubagaimana sekalipun, selepas itu ana diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Sampaikan ana tidak mampu untuk memikulnya. Benarlah, tanda ALLAH sayangkan kita adalah dengan diberi ujian kepada hamba-hamba-NYA. ALLAH tahu, setakat mana hamba-NYA mampu untuk bertahan dengan ujian tersebut. Ana juga diuji dengan cinta palsu daripada seorang insan yang bernama lelaki. Sehinggakan ana terleka dan terumbang-ambing melayari dunia fantasi yang ana reka sendiri. Ana pernah menangis kerana lelaki. Sampai sekarang ana terfikir, kan bagus kalau kita menangis hanya kerana mendapatkan cinta ALLAH. Cinta ALLAH adalah cinta yang hakiki. Bahkan kita sentiasa berasa tenang apabila bersama-NYA.


Pernah sewaktu di semester 3, ana tidak mendapat pointer yang terbaik di dalam pelajaran ana. Terkilan kerana setiap semester, ana akan merangkul pointer 3.5 ke atas. Anugerah dekan. Tetapi, hanya di semester 3 sahaja ana kecundang kerana ALLAH tidak redha dengan keputusan ana yang sedang bercinta dengan manusia. Ana terlalu agung-agungkan cinta pada manusia sehingga ana lupakan cinta ALLAH yang abadi. Masha ALLAH... Banyak memberi kesedaran kepada ana selama ini. Tetapi, ana tidak pernah menyalahkan sesiapa sahaja dalam hal ini. Ana salahkan diri ana sendiri kerana ana tidak mengawal nafsu dan pemikiran ana ke arah yang lebih baik.


Dan kini... Ana rasakan kedamaian ini. Ana dapat rasakan yang ALLAH dekat dengan ana. Selagi kita melaksanakan segala perintah-NYA dan menjauhi segala larangan-NYA, kita akan dapat merasakan yang ALLAH snts di sisi kita. Namun, banyak lagi cabaran yang mendatang. Ana mesti kuat dalam menempuhnya. Lagi-lagi, ujian sebagai pelajar yang sedang menduduki pembelajaran dalam peringkat ijazah ini banyak onak dan durinya. Dan sekarang, ana sudah mempunyai seorang teman rapat. Ana tidak istilahkan antara ana dan dia 'b'couple' kerana boleh mengundang bahaya dalam diri kami. Cukuplah hanya sekadar teman yang sedang mengenali di antara satu sama lain dan berkongsi masalah serta pengalaman tarbiah. Kalau ada jodoh tak kemana... Insha ALLAH, ana akan cuba dekatkan dia dengan pendekatan Islam. Sama-sama kami belajar tentang konsep agama Islam yang sebetulnya. Batasan pergaulan akan kami jaga. Memang kami sudah lama tidak berjumpa. Ana tahu, disebabkan selalu berjumpa itulah banyak terjadinya zina di dalam hati dan juga seluruh anggota badan kita.


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Aku bersyukur pada-Mu yang tidak terhingga. Dan sekarang, ENGKAU memberi peluang kepada aku untuk menimba ilmu seluas yang mungkin. Ana tidak sangka yang ana boleh belajar sehingga setakat ini apabila ana terkenangkan kembali pencapaian sewaktu SPM dahulu yang sebegitu teruk. Memang benarlah... ALLAH lebih mengetahui segala-galanya tentang apa yang tersirat dan tersurat. Terima kasih ya ALLAH... Aku sayangkan-MU ya RABB...





Comments

Popular posts from this blog

KELAS MENGAJI TAHUN 2017 DI KAMPUNG MELAYU SUBANG SHAH ALAM

KELAS MENGAJI AL-QUR'AN & IQRA'