Kekosongan
Jiwa ini sedang merintih,
Hati ini dalam kekosongan,
Akal tidak berfikir yang mana hak dan batil,
Aku ketandusan akan 'halaqah cinta' sewaktu dahulu,
Bersama teman seperjuangan Islam yang bermujahidah,
Menggenggam erat dakwah tarbiah untuk permata ilmu bersama.
Wahai temanku,
Aku rindukan suasana ukhuwah dahulu,
Adakah kita dapat berjumpa kembali?
Untuk memartabatkan syiar Islam dan panji-panji ALLAH?
Untuk mengukuhkan kembali ukhuwah di atas keredhaan-NYA?
Mengertilah wahai teman...
Betapa aku terlalu rindukan semua itu,
Aku rindukan belaian mesra bersama akhowat,
Aku mengharapkan kasih sayang berpanjangan,
Hanya kerana ALLAH.
Ya ALLAH...
Aku mahukan 'tazkiyah al-nafs' yakni penyucian jiwa,
Agar diri ini sentiasa diisi dengan kerohanian tarbiyah dan ta'lim,
Sehingga nafasku terhenti,
Sekarang, aku lemas dibelenggu dengan suasana yang boleh ternoda di dalam hatiku,
Aku takut aku tidak mampu untuk mempertahankannya,
Aku tidak sanggup dalam kemurkaan-Mu ya Rabb,
Dan aku tidak mahu jauhnya kasih-Mu terhadapku,
Adakah ini ujian dari Engkau untukku?
Aku terima dengan segala qada' dan qadar dari-Mu.
Andai ianya telah tersurat,
Aku redha dengan segala ketentuan-Mu.
Ya ALLAH...
Bekalkanlah aku dengan cahaya keimanan-Mu,
lapangkanlah hatiku dengan 'kalamullah'-Mu,
Isikanlah hari-hariku dengan tahajjud sepertiga malam untuk-Mu,
Titipkanlah kebahagiaanku dikongsi dengan saudara seIslamku hanyalah untuk-Mu,
Berkatilah segala amalanku di dunia ini semata-mata untuk mengejar redha-Mu.
Ya ALLAH...
Layakkah aku untuk mendapat cinta dan syurga-Mu?
Terlalu berdosanya diri ini.
Ampunilah daku...

Comments
Post a Comment