Batas aurat lelaki dan wanita
SOALAN: Saya ingin tahu batas-batas aurat lelaki dan wanita ketika berada di hadapan umum. Bagaimanakah aurat wanita Islam ketika bersama-sama wanita bukan Islam dan ketika berada di hadapan lelaki yang mahram dan bukan mahram? Saya begitu keliru kerana ada berbagai-bagai corak dan bentuk pakaian wanita Islam pada hari ini. Antara mereka ada yang memakai tudung kepala, tetapi masih memakai kemeja-T dan seluar jeans. Harap tuan nyatakan juga yang mana satu pakaian Islam yang memenuhi ciri-ciri Islam sebenarnya. Jawapan: Islam tidak pernah menentukan fesyen atau bentuk pakaian yang diberi nama pakaian Islam. Islam menerima semua fesyen dan reka bentuk pakaian asalkan pakaian itu menutup aurat dengan sempurna dan tidak membangkitkan nafsu seks sama ada lelaki atau wanita. Saya pernah menyebutkan dalam siri tulisan saya terdahulu dalam ruangan ini, pakaian Melayu seperti kebaya labuh, baju kurung, sarung dan seluar besar boleh diterima sebagai pakaian yang memenuhi keperluan me...