Posts

mimpi yg indah.. teramat indah! (rabu mlm khamis-tgh mlm) 17 Ogos 2011

Image
terasa ingin menaip sesuatu di sini. x salahkan klu saya b'kongsi dgn semua sahabat yg sudi membaca blog saya ni. saya ada sesuatu nak dikongsikan b'kaitan mimpi saya. kalau boleh, saya nk mimpi perkara tu lagi. terlalu indah sangat2! dalam seumur hidup saya, x pernah saya mimpi perkara yang indah itu. saya ternampak sesuatu yg indah di langit pada waktu tengah malam. betapa saya teruja.  sewaktu saya terlihat setiap nama 'ALLAH' di langit itu, tidak jemu2 saya berzikir memuji kebesaran Pencipta alam. SubhanALLAH! dalam mimpi tu bagaikan saya menemui malam Lailatulqadar. Berseri2 bulan dan berkelipan bintang menunjukkan cahaya yang bersinar. kalimah ALLAH bertukar ganti dengan nama Muhammad s.a.w. Setiap kalimah ALLAH bercahaya dan bertukar warna yang amat cantik apabila kita melihatnya.  di setiap sudut kiri, kanan, hadapan, belakang x kira di sudut mana2 pun di sekeliling saya, terbentang kalimah ALLAH dgn cahaya yang bergemerlapan. pelbagai corak dan warna membuatk...

Indahnya Malam Lailatul Qadar

Image
Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa. Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan. Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21. Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ul...

Kisah Pemuda Yang Tubuhnya Seharum Kasturi

Image
Kisah ini terjadi di tanah Syam. Kisah yang banyak disebut dari mulut ke mulut sampai abad ini. Ini adalah kisah ketakwaan seorang pemuda. Seorang pemuda yang bekerja sebagai penjual kain keliling. Ia berkeliling dari satu daerah ke daerah. Dari satu kawasan ke kawasan lain. Dari lorong ke lorong. Dari rumah ke rumah. Ia berkeliling sambil memanggul kain dagangannya. Akhirnya masyarakat mengenalinya sebagai Si Penjual Kain Keliling. Diantara kelebihan pemuda ini adalah bentuk tubuhnya yang gagah. Kulitnya yang putih. Wajahnya yang mempesona. Dan keramahannya yang luar biasa. Sehingga siapapun yang melihatnya akan terpesona kerananya. Itulah kurnia Allah yang dianugerahkan kepadanya. Suatu hari, ketika dia sedang berkeliling menjajakan dagangannya, tiba-tiba ada seorang wanita memanggilnya. Dia pun segera menghampiri. Wanita ini menyuruhnya masuk ke dalam rumah. Rumah itu sangat mewah. Agaknya wanita itu termasuk golongan bangsawan. Apabila si pemuda masuk ke dalam rumah, wanita itu ...

Muhasabah Diri... dalam kesabaran terselit syurga ALLAH.

Image
perjalanan beribu batu memberikan sebuah makna yang amat mendalam buat diriku.  perjalanan yang diibaratkan 'kembara' ini mengungkapkan pelbagai corak kehidupan menjadikan aku semakin dapat menerima takdir ketentuan dari ILLAHI. sewaktu saya saja2 melihat document mutiara kata dalam external saya ini, terus saya ingin kongsi bersama sahabat mutiara kata di bawah ini. kata-kata yang memberi seribu pengertian buat saya.  Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi. memang benarlah setiap suatu ujian yang menimpa kita, bererti ALLAH amat sayangkan kita. saya ada terbaca satu blog sahabat facebook saya yang pangkat kakak daripada saya. daripada ciri2 perwatakan dia, dia merupakan seorang wanita yang solehah bertudung labuh dan menutup aurat. dia seorang yang cekal hatinya walaupun ujian datang bertubi2 dalam hidup dia melalui penceritaan d...

Sekadar Renungan

 "Sebuah karya yang sesuai untuk semua .......... bagi yang bujang, boleh mengambil Iktibar ............ bagi yang belum dan bakal berkeluarga, boleh belajar ............ bagi yang berkeluarga, perlu mengajar .............. Untuk suami ... renungkanlah Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia. Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah ... Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya Isteri adalah murid kamu mursyidnya Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya ... Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman...

Motivasi Diri

Oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah Jangan Ada Benci Di Hati Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci  jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya. Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain. Kaedah Mengikis Benci Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka,memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempattidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita denganmemaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan...

Kanvas Cinta Muslimah

Image
"Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati. Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung". Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah: “Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.” Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-si gadis dihiasi sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki ‘per...