Kerana aku seorang perempuan….
Kerana aku perempuan,
Ibarat sekuntum bunga,
Indah dipandangan mata,
Bila iman mekar dihati.
Kerana aku perempuan,
Ibarat sekuntum bunga,
Harum semerbak wangi
Bila akhlak hiasi diri,
Kerana aku perempuan,
Ibarat sekuntum bunga,
Idaman sejuta kumbang,
Tunduk bukanlah layu,
Hanya kerana menjaga malu,
Kerana aku perempuan,
Ibarat sekuntum bunga,
Biar mekar sepanjang zaman,
Biar mewangi seluruh alam,
Kerana harummu,
Kerana mekarmu,
Hanya di atas tangkai-Nya..
Comments
Post a Comment