Posts

Showing posts from May, 2011

Penghayatan...

Image
Aku?? Adakah aku bahagia jika mencintai seorang lelaki?? Mungkin aku akan bahagia jika mencintai seorang lelaki yang hanya mencintai Tuhan yang paling agung, Allah s.w.t. mungkin aku juga akan bahagia jika hanya mencintai suamiku kelak. Tetapi kebahagiaan seorang bukanlah terletak pada cintanya seorang lelaki. Mungkin sesetengah wanita akan bahagia jika dirinya dicintai oleh seorang lelaki. Namun aku, aku merasakan hidup ini tidak akan sempurna dan bahagia jika aku terlampau taksub untuk mencintai seorang lelaki yang bukan mahram. Setiap insan inginkan kebahagiaan… namun aku?? Di mana letaknya kebahagiaan aku. Kebahagiaan aku sebenarnya adalah terletak pada keluarga aku yang amat menyayangi aku, Mak yang telah mengandung dan melahirkan dan aku, abah, abang dan kakak, rakan-rakan yang amat menyayangiku dan yang paling penting hati aku amat bahagia sekali jika mengingati pencipta yang maha agung, Allah s.w.t.
Wahai pemilik nyawaku Betapa lemah diriku ini Berat ujian dariMu Ku pasrahkan semua pada-Mu Tuhan baru ku sedar Indah nikmat sihat itu Tak pandai aku bersyukur Kini ku harapkan cintaMu Kata-kata cinta terucap indah Mengalir berzikir di kidung doaku Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku Butir-butir cinta air mataku Teringat semua yang Kau beri untukku Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya Ilahi muhasabah cintaku Tuhan kuatkan aku Lindungiku dari putus asa Jika ku harus mati Pertemukan aku denganMu Muhasabah Cinta...

Titisan Mutiara Jernih Berlinangan

Kadangkala hidup ini tidak selalunya indah... Namun ku berdoa ke hadrat ILLAHI... Moga aku memperolehi peluang kehidupan ini... di isi dengan warna-warna ceria. Insha ALLAH... Ku rindu ALLAH... Ya ALLAH... Aku ingin mendapatkan cinta-MU semula. Betapa aku berdosa selama ini. Aku tercari-cari hala tujuku sendiri. Aku buntu sebelum ini. Ku berdosa kpd-MU ya ALLAH... Aku tidak mendapat ketenangan itu lagi. Aku semakin jauh dengan-MU. Disebabkan cinta manusia, ku terleka. Ku asyik dgn kehidupanku yg penuh dgn fitnah dan kealpaan. Ku tahu cinta itu fitrah. Namun ku akui... aku tidak mampu utk menanggung cintaku terhadap insan yg belum tentu lagi menjadi milikku. Hanya ENGKAU mengetahui segala-segala perjalanan hidup hamba-MU. Cintaku hanya untuk-MU ya RABB... Aku ingin melabuhkan cintaku untuk-MU sebelum aku mendapatkan cinta drpd insan lain. Ketika dahulu... ku amat tenang dengan cinta dan kasih sayang-MU tanpa ada cinta manusia. Ku snts bermunajat kpd-MU agar cintaku untuk-MU meninggi ta...
Image
"Kamu tidak perlu merendahkan martabat diri demi untuk meraih cinta seorang lelaki. Ketahuilah, manisnya dan cantiknya seorang perempuan itu terletak pada taqwanya, hatinya yang sentiasa tunduk malu pada perkara-perkara yang tidak patut."

Beruntungnya Perempuan.

siapa kata jadi perempuan tu senang? nak kena tutup sana, tutup sini tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising perempuan, stoking pon kena pakai cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari komfem x tahan bertutup semua tapi, perempuan cool jek tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan? siapa kata jadi perempuan tu senang? tiap2 bulan, mesti ada penyakit nak pergi kelas pon susah kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit cuba tengok budak lelaki , selamber jek kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit hebat kan perempuan? siapa kata jadi perempuan tu senang? hati ni Allah jadikan lembut betul cepat jek sensitif cuba tengok orang putus cinta selalu perempuan yg paling susah nak lupa lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru cuba pergi wayang ten...

Wanita Solehah

Wanita solehah itu aurat dijaga, Pergaulan dipagari, Sifat malu pengikat diri, Seindah hiasan di dunia ini. Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya, Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya, Daya penarik wanita solehah itu, Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin, Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu, Bukan dan tidak sama sekali, Kepetahan wanita solehah, Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain, Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama. Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam, Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek, Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai. Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran, kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zam...
Kadang-kadang apa yang kita impi itu bukan milik kita. Impian tidak sama dengan cita-cita. Lupakan impian diri. Kejar cita-cita umat. Dunia akan ditinggalkan. Impian bakal lebur. Namun cita-cita itu tetap bersambungan sebagai 'Penerus Perjuangan.' Kerana ALLAH kami berpisah.