Muhasabah Diri... dalam kesabaran terselit syurga ALLAH.
perjalanan beribu batu memberikan sebuah makna yang amat mendalam buat diriku. perjalanan yang diibaratkan 'kembara' ini mengungkapkan pelbagai corak kehidupan menjadikan aku semakin dapat menerima takdir ketentuan dari ILLAHI. sewaktu saya saja2 melihat document mutiara kata dalam external saya ini, terus saya ingin kongsi bersama sahabat mutiara kata di bawah ini. kata-kata yang memberi seribu pengertian buat saya. Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi. memang benarlah setiap suatu ujian yang menimpa kita, bererti ALLAH amat sayangkan kita. saya ada terbaca satu blog sahabat facebook saya yang pangkat kakak daripada saya. daripada ciri2 perwatakan dia, dia merupakan seorang wanita yang solehah bertudung labuh dan menutup aurat. dia seorang yang cekal hatinya walaupun ujian datang bertubi2 dalam hidup dia melalui penceritaan d...